Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

BN Perlu Segera Atur...

GUA MUSANG - Anggota Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah berkata Barisan Nasional...

Khat Dan Tahi Lembu,...

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen DAP Kepong, Lim Lip Eng memohon maaf atas...

Akta Akan Dirangka Kekang...

Akibat peningkatan penagihan bahan terlarang termasuk gam dalam kalangan pelajar mahupun remaja, kerajaan...

Benjy Ditahan Di Medan...

PELAKON dan anak Allahyarhamah seniwati Azean Irdawaty, Benjy atau nama sebenarnya Khaeryll Benjamin...

KPDNKK Rampas 998 Tong Gas LPG Lebih RM100,000

IPOH – Sebanyak 998 tong gas petroleum cecair (LPG) bernilai lebih RM100,000 yang dijual secara haram dirampas di sekitar daerah Kinta sejak Januari hingga semalam.

Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Perak, Saifullizan Kamarul Zaman berkata pihaknya melakukan serbuan di beberapa premis serta stor dan merampas tong gas berisi 12 dan 14 kilogram LPG.

Beliau berkata antara kesalahan yang dilakukan ialah menyimpan barang kawalan melebihi had lesen yang ditetapkan, menjual kepada pemborong atau peruncit yang tidak memiliki lesen yang sah dan meletakkan barang kawalan di premis yang tidak berlesen.

“Menyimpan LPG melebihi had yang ditetapkan dalam lesen adalah satu kesalahan yang serius kerana ia melibatkan keselamatan kerana mungkin boleh berlaku kebakaran.

“Sekiranya penjual mahu menyimpan gas LPG melebihi had, mereka perlu membuat permohonan di pejabat KPDNKK dan kita akan mendapatkan laporan Jabatan Bomba dan Penyelamat sama ada premis atau stor boleh menyimpan jumlah yang dikehendaki,” katanya dalam sidang media di sini hari ini.


Ditanya mengenai aduan berhubung bekalan gas LPG di Perak tidak mencukupi, Saifullizan menafikannya dan menyifatkan ia sebagai satu aduan yang nakal bagi menimbulkan rasa panik dalam kalangan rakyat.

“Tidak ada isu dari segi bekalan LPG. Pemeriksaan bekalan stok LPG di kedai runcit terutama di sekitar Ipoh mendapati bekalan itu mencukupi malah melebihi untuk keperluan pengguna,” katanya. – BERNAMA

Kategori