Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Rakyat Jangan Terpedaya Sandiwara...

KUALA LUMPUR - Semua pihak terutama ahli UMNO perlu menyedari bahawa Datuk Seri...

DAP Tampil Aziz Bari,...

ALAHAI... Selepas gagal dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13, bekas pensyarah, Dr. Abdul...

Disangka Urat, Rupanya Cacing...

MENAKUTKAN... Seorang lelaki di China terkejut dan tidak menyangka 'urat’ pada kakinya itu...

Punca Gambar Dua Wanita...

SATU gambar mampu memberi seribu pengertian.Dalam satu gambar yang kini menjadi viral, aksi dua...

Ku Nan Cadang P.Pinang Jadi Sebahagian W.Persekutuan

MENTERI Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor bercadang ingin menjadikan Pulau Pinang sebagai sebahagian Wilayah Persekutuan bagi memastikan negeri itu mendapat limpahan pembangunan yang sama rata, lapor Free Malaysia Today.

Menurut beliau yang lebih dikenali sebagi Ku Nan, idea yang dilontarkan itu bukanlah berniat mahu meluaskan kuasa ke negeri itu, tetapi disebabkan keprihatinan beliau terhadap nasib orang Melayu di sana.

Apa yang berlaku di Pulau Pinang, kita tahu. Dia (kerajaan negeri) tidak pedulikan orang Melayu.

“Sekiranya perkara ini dapat direalisasikan, kerajaan pusat akan memastikan cara pembangunan di Pulau Pinang adalah untuk semua dan bukan untuk satu-satu kaum sahaja,” katanya.

Beliau berkata sekiranya perkara itu dapat direalisasikan, Pulau Pinang akan ditadbir daripada peringkat kerajaan pusat sama seperti di Labuan.

“Saya hairan mengapa DAP meloncat-loncat dalam isu ini. Barangkali mereka tahu yang kita tahu mereka tidak melaksana pentadbiran dengan baik di Pulau Pinang,” katanya.

Walau bagaimanapun katanya, kesemua itu hanyalah idea dari dirinya sendiri sebagai Menteri Wilayah Persekutuan dan perkara itu memerlukan kertas cadangan, referendum serta persetujuan di peringkat kepimpinan negara.

Jelasnya, bukan sahaja di Pulau Pinang, tetapi idea yang sama turut dirasakan bersesuaian di Langkawi, Pulau Tioman, Pahang dan sebahagian Melaka.


Sementara itu, pakar perundangan dan peguam, Gurdial Singh Nijar berkata, idea yang diutarakan oleh Ku Nan itu adalah sesuatu yang mustahil untuk dicapai. Ini kerana perlembagaan melarang seluruh negeri dijadikan sebagai Wilayah Persekutuan.

“Anda tidak boleh mengambil alih terus sebuah negeri, tiada peruntukan seumpama itu.

“Menurut Artikel 1(2) Perlembagaan Persekutuan, Pulau Pinang merupakan salah satu daripada 13 negeri dalam Persekutuan Malaysia, sementara Artikel 2 menjelaskan sebarang perubahan sempadan mesti mendapatkan kelulusan negeri dan juga Majlis Raja-Raja.

“Perkara itu juga tidak akan berlaku walaupun Barisan Nasional (BN) berjaya menawan semula Pulau Pinang,” katanya.

Bagaimanapun, kerajaan persekutuan masih boleh mengambil sebahagian daripada tanah negeri untuk dijadikan sebagai Wilayah Persekutuan seperti mana Kuala Lumpur, Putrajaya dari Selangor dan Labuan dari Sabah. – MYNEWSHUB.CC

Kategori