Saturday, November 23, 2024

Creating liberating content

Buku Teks Sekolah India...

NEW DELHI - Sebuah syarikat penerbitan di India mencetuskan kemarahan setelah buku teks...

Pensyarah Rugi RM260,000 Ditipu...

KOTA KINABALU - Seorang pensyarah wanita sebuah universiti awam di sini mengalami kerugian...

Sekatan Perjalanan Keluar Ke...

KUALA LUMPUR - Bermula 12 Oktober hingga 25 Oktober depan, sekatan perjalanan keluar dari Sabah akan dikuatkuasakan...

Chelsea Risik Fekir Dari...

CHELSEA sudah memulakan rundingan untuk mendapatkan khidmat pemain tengah Lyon, Nabil Fekir. Pemain berusia...

Laluan Haram Punca Tragedi Bot Karam Tidak Disedari

TAWAU – Tragedi bot karam Selasa lalu lambat disedari kerana bot malang itu menggunakan laluan alternatif haram, kata Ketua Polis Daerah Tawau ACP Fadil Marsus.

Beliau berkata sikap tidak bertanggungjawab pihak yang berkenaan menyebabkan tragedi itu mengorbankan banyak nyawa.

“Apabila menggunakan laluan haram dan tiba-tiba berlaku kecemasan seperti bot karam, risiko kehilangan nyawa tinggi kerana pergerakan tidak diketahui sekali gus melewatkan usaha menyelamat,” katanya kepada pemberita, di sini hari ini.

Beliau mengulas kejadian sebuah bot yang membawa 15 orang ke Sungai Nyamuk, Indonesia karam namun tragedi hanya disedari 24 jam kemudian.

Mengulas lanjut, Fadil berkata pihak berkuasa sedang mengesan waris dan keluarga mangsa yang berada di sini selain pemilik bot.


Sebelum ini beliau mengesahkan enam mayat ditemukan terapung di Laut Sebatik oleh pihak berkuasa Indonesia.

Dalam kejadian petang Selasa itu, bot laju yang membawa 15 orang termasuk juragan, karam setelah dipukul ombak besar antara lima dan 10 minit selepas meninggalkan jeti Batu Payung pada 5.30 petang.

Dua daripada mangsa, dikenali Budiman Muslimin, 26 dan Hasmida Masaniaga, 24, masing-masing berasal dari Sulawesi, Indonesia berjaya menyelamatkan diri dengan berenang ke Pantai Batu Payung. – BERNAMA

Kategori