Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

SPRM Sentiasa Teliti Aduan...

MELAKA - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sentiasa meneliti semua maklumat atau aduan...

Industri Minyak Sawit Akan...

KUALA LUMPUR ā€” Kementerian Industri Utama optimis industri minyak sawit Malaysia akan mencapai...

Pemain Barcelona Setuju Ambil...

PEMAIN Barcelona memberi persetujuan kepada kelab itu untuk mendapatkan Antoine Griezmann dari Atletico...

Kasut Pintar ‘Back To...

FILEM pecah panggung Back To The Future II yang ditayangkan pada 1989 telah...

Langkawi Cadang Bida PATA Travel Mart 2018

LANGKAWI – Langkawi akan membida untuk menjadi tuan rumah Persatuan Pengembaraan Asia Pasifik (PATA) Travel Mart 2018, sebuah pameran dan persidangan pelancongan terunggul di rantau Asia Pasifik.

Ketua Pegawai Eksekutif, Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA), Datuk Azizan Noordin berkata sekiranya berjaya menjadi tuan rumah, Langkawi akan dapat menyaksikan kehadiran sehingga 3,500 perwakilan untuk acara itu.

“Kehadiran wakil perhotelan, penganjur acara dan pemain industri pelancongan dari rantau Asia Pasifik boleh membantu menggalak lebih banyak kedatangan pelancong ke pulau ini,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis ‘Malam Pelancongan Langkawi’ di sini, malam tadi.

Katanya, Forum Pelancongan Asia 2005 merupakan kali terakhir Langkawi menjadi tuan rumah persidangan pelancongan antarabangsa.

Menurutnya, keputusan untuk membida PATA Travel Mart 2018 akan meningkatkan kedudukan pulau itu sebagai destinasi Mesyuarat, Insentif, Konvensyen dan Pameran (MICE).
“MICE adalah salah satu segmen pasaran pelancongan yang mampu membawa pulangan yang baik dan setakat ini kami telah berjaya mewujudkan Langkawi sebagai destinasi insentif.

“Kita perlu melakukan lebih banyak untuk menggalakkan segmen MICE,” katanya.


Azizan berkata Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri (MIEC), Pusat Konvensyen Antarabangsa Langkawi dan banyak dewan besar di hotel-hotel di pulau ini memberi peluang besar untuk mempromosikan segmen MICE.

Selain itu, katanya, sudah ada perancangan untuk membina hotel-hotel baharu di Langkawi yang dapat meningkatkan jumlah bilangan bilik daripada 10,000 bilik masa kini kepada 13,000 bilik penginapan menjelang 2020.

“Berkunjung ke sini untuk mesyuarat atau persidangan, para peserta juga akan mempunyai peluang untuk meneroka produk semula jadi yang indah serta kraftangan tempatan yang dianggap sebagai antara terbaik di Malaysia,” katanya.

Macau menjadi tuan rumah PATA Travel Mart 2017 (PTM 2017) dari 13 hingga 15 Sept ini. – BERNAMA

Kategori