Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Bomba ‘Mandi’ 12 Pelajar...

JASIN - Gara-gara tertumpah raksa, sepasukan anggota bomba terpaksa ā€˜memandikanā€™ 12 pelajar tingkatan...

Boikot Sebagai Satu Cara...

JIKA kita imbau Sirah Nabi SWT,ƃā€šĆ‚Ā Baginda telah menggunakan cara tekanan ekonomi melalui pasukan-pasukan...

Nazim Tak Benarkan Sesiapa...

SEBAGAI seorang selebriti, penampilan diri haruslah dijaga dengan rapi supaya nampak lebih kemas...

Polis Rampas Dadah Bernilai...

KUALA LUMPUR - Polis menahan tiga lelaki warga Afrika dan merampas dadah jenis...

Lapan Remaja Berbasikal Maut Dilanggar Kereta

JOHOR BAHRU – Lapan remaja lelaki maut manakala lapan lagi cedera termasuk dua kritikal apabila basikal dinaiki mereka dirempuh sebuah kereta di Jalan Lingkaran Dalam, bersebelahan Tanah Perkuburan Mahmoodiah, dekat sini, awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, ACP Sulaiman Salleh berkata dalam kejadian pukul 3 pagi itu, sekumpulan 20 hingga 30 remaja berbasikal dipercayai menghalang Jalan Lingkaran Dalam dan jalan-jalan sekitar sebelum dirempuh seorang pemandu wanita.

Katanya, pemandu berusia 22 tahun dari arah Taman Pelangi di sini dipercayai tidak sempat mengelak lalu merempuh kumpulan remaja berkenaan yang berusia antara 13 dan 17 tahun itu.

“Mangsa yang cedera masih dirawat di Hospital Sultanah Aminah,” katanya kepada pemberita di luar bilik mayat hospital berkenaan di sini, hari ini.

“Pemandu wanita juga cedera ringan dan kita juga hantar untuk trauma sebab dia dalam keadaan terkejut,” kata Sulaiman.

Beliau berkata wanita berkenaan buat masa ini ditahan untuk membantu siasatan di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Menurutnya, daripada jumlah 16 mangsa, enam mangsa masih bersekolah.

Katanya, siasatan awal mendapati pemandu wanita itu tidak di bawah pengaruh alkohol dan tidak memandu laju.


Sulaiman berkata pihak polis mendapati basikal yang digunakan oleh kesemua mangsa telah diubah suai dan tidak mengikuti spesifikasi yang dibenarkan.

“Kesalahan ini di bawah Kanun Lebuhraya Bahagian 3 yang mana penunggang basikal mesti patuh kaedah yang tercatat di bawah para 5 sehingga Artikel 68 dan tindakan saman boleh dikenakan di bawah Lembaga Lebuhraya Malaysia 165/69 kerana mengubahsuai basikal,”katanya.

Sepanjang tahun lepas, beliau berkata daripada 28 operasi, sebanyak 37 basikal yang telah diubahsuai disita.

Dalam tempoh dua bulan pertama tahun ini, sebanyak 17 basikal telah disita menerusi lima operasi yang dijalankan oleh pihak berkuasa, katanya.

Selain itu, katanya, tindakan juga boleh dikenakan terhadap ibu bapa dan penjaga di bawah Seksyen 33 Akta Kanak-Kanak kerana membiarkan anak-anak mereka tanpa pengawasan.

Justeru, beliau mengingatkan agar ibu bapa sentiasa memantau pergerakan aktiviti anak masing-masing. – BERNAMA

Kategori