Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Zainal Dedah Dipecat Zalim...

SHAH ALAM - Kemelut melanda Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) kini semakin buruk...

Gadis Mahir Baiki Kereta...

SEJAK videonya membaiki brek kereta tular beberapa hari lalu, nama Nor Sakira Awee...

Tetamu Lelaki ‘Kenduri’ Gomol...

TULAR satu rakaman video yang tersebar menerusi laman sesawang di China memaparkan seorang...

Lindsay Berhijab Rai Minggu...

ANGGUN... Jika sebelum ini aktres kontroversi Hollywood, Lindsay Lohan pernah cetus sensasi konon...

Laporan Kelibat Buaya Dilihat Meningkat

TERDAPAT peningkatan hampir tiga kali ganda laporan kelibat buaya dilihat oleh orang ramai yang diterima pihak berkuasa pada tahun lalu berbanding 2015.

Statistik Jabatan Perlindungan Hidupan Liar Taman Negara (Perhilitan) menunjukkan terdapat kira-kira 33 laporan mengenai kelibat buaya dilihat tahun lalu manakala 2015 sebanyak 12 laporan diterima dan sembilan kes pada 2014.

Dalam tempoh tiga bulan lalu, haiwan reptilia itu melakukan kemunculan di tengah-tengah bandar seperti Klang, Selangor; Kota Kinabalu, Sabah dan di sebuah pasar di Pulau Pinang.

Pengarah Bahagian Konservasi Biodiversiti Perhilitan, Dr. Pazil Abdul Patah berkata peningkatan dalam kemunculan haiwan itu mungkin disebabkan faktor cuaca dan gangguan habitat.

“Fenomena air pasang besar di beberapa kawasan telah membawa air laut ke kawasan berhampiran.

“Beberapa sungai yang melimpah turut membawa haiwan tersebut berhijrah dari satu sungai ke sungai yang lain,” katanya.

Fenomena air pasang besar dijangka berterusan tahun ini.

“Gangguan habitat semula jadi mereka dan kehilangan tebing sungai yang semakin meningkat turut menyebabkan buaya cuba mencari kawasan baharu untuk berjemur di bawah matahari,” katanya.


Pakar buaya, Dr. Luke Evan berkata haiwan reptilia ini menimbulkan sedikit risiko kepada manusia kecuali jika mereka berada di dalam air atau berada dekat dengan air.

Penyelidik pasca kedoktoran di Institut Carnegie Sains dan berpangkalan di Sabah itu berkata: “Buaya adalah pemburu serangan hendap dan dikenali untuk mengkaji corak tingkah laku spesies pemangsanya.

“Pada hari tertentu, mana-mana individu yang pergi ke tebing sungai tidak mungkin diserang,” katanya.

Namun, katanya orang ramai masih perlu mengambil langkah berjaga-jaga apabila mereka dekat dengan sungai yang diketahui menjadi habitat haiwan tersebut. – mStar Online

Kategori