Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

170 Pegawai, Anggota PDRM...

GOPENG – Seramai 170 pegawai dan anggota dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK)...

DBKL Tolak 48 Permohonan...

KUALA LUMPUR - Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menolak permohonan 48 tapak bazar...

2 Rakyat Asing Maut...

GUA MUSANG - Dua rakyat asing maut apabila motosikal yang dinaiki mereka dirempuh...

Jerebu: Banting Catat IPU...

KUALA LUMPUR - Kualiti udara di kawasan Banting, Selangor mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran...

Laporan Polis Dibuat Ke Atas Pemilik FB Hina PM, Islam

LABUAN – Majlis Belia Labuan membuat laporan polis terhadap seorang pemilik akaun Facebook kerana menyiarkan fitnah terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan menghina masyarakat Islam.

Presidennya, Basran Yunus berkata laporan itu dibuat mereka di Balai Polis Labuan, semalam.

Beliau berkata pemilik akaun Facebook yang menggunakan nama ‘JAMES HUNT’ turut didakwa membuat kenyataan yang biadap terhadap Perdana Menteri.

“Kami mahu pihak berkaitan mengambil tindakan tegas. Polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia perlu menyiasaat dan mengambil tindakan yang sewajarnya.

“Kenyataan tidak bertanggungjawab itu boleh mencetuskan keadaan tidak harmoni dan perpecahan dalam kalangan masyarakat berbilang kaum di negara ini,” kata Basran ketika dihubungi. – BERNAMA

Kategori