Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Kes Mohd. Nazlan: SPRM...

PUTRAJAYA : Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) masih menunggu arahan lanjut daripada Jabatan...

FAMA Sasar Jualan RM300...

KOTA BAHARU - Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) yang beroperasi di tujuh negeri...

“Ayah Pesan Jangan Lemah”...

MARAN - "Ayah pesan jangan lemah atau rebah jika apa-apa berlaku ke atasnya,"...

Rakaman CCTV Di Restoran...

KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi di sini, yang membicarakan kes bunuh Timbalan Pendakwa...

Lawatan: Era Baharu Hubungan Malaysia-Arab Saudi

KUALA LUMPUR – Lawatan sulung Raja Arab Saudi, Raja Salman bin Abdulaziz Al Saud ke Malaysia disifatkan sebagai satu era baharu dalam hubungan Malaysia-Arab Saudi.

Ketua Misi Kebudayaan di Kedutaan Diraja Arab Saudi di sini, Dr Zayed Al- Harithi berkata lawatan oleh Penjaga Dua Masjid Suci itu mencerminkan hasrat baginda untuk meningkatkan hubungan kukuh yang sedia terjalin dengan Malaysia.

“Kita sekarang menaruh harapan untuk mengukuhkan lagi hubungan antara kedua-dua negara terutama dalam bidang pendidikan dan penyelidikan saintifik,” kata beliau ketika berucap pada majlis suai kenal antara media Arab Saudi dan Malaysia.

Zayed juga mengalu-alukan kehadiran Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama pada majlis itu, yang diwakili oleh Pengurus Besar Datuk Zulkefli Salleh, Ketua Pengarang Datuk Zakaria Abd Wahab dan Timbalan Ketua Pengarang (Perkhidmatan Berita Dalam Negeri) Datuk Mokhtar Hussain.


Sementara itu, Zulkefli dalam ucapannya mengucapkan terima kasih kepada Misi Kebudayaan kerana menganjurkan acara tersebut dengan menyatakan ini akan memupuk hubungan lebih rapat antara kedua-dua negara dan ummah.

Majlis itu diadakan sempena lawatan negara empat hari Raja Salman ke Malaysia, lawatan pertama baginda ke negara ini sejak menaiki takhta pada 23 Jan, 2015. – BERNAMA

Kategori