Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Penceramah Salur Kewangan Kepada...

KUALA LUMPUR - Seorang penceramah bebas yang sebelum ini mengaku tidak bersalah di...

Kertas Siasatan Kes Buli...

JOHOR BAHRU - Kertas siasatan kejadian buli membabitkan lima pelajar Maktab Rendah Sains...

Koleksi Komen Bergambar Facebook...

Kalau perasan sejak tahun lepas, terdapat kegilaan dalam kalangan pengguna Facebook untuk memberikan...

Akta Kawalan Harga &...

KOTA BAHARU - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) dalam proses...

Lebih 20,000 Peserta Meriah Himpunan RUU 355

KUALA LUMPUR – Hujan lebat sekitar ibu negara tidak menghalang lebih 20,000 peserta daripada berganjak pada Himpunan Rang Undang-undang 355 (RUU 355) di Padang Merbok di sini hari ini.

Perhimpunan tanda solidariti pemerkasaan pindaan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau Akta 355 itu menyaksikan kawasan tersebut menjadi lautan ungu, iaitu warna baju dipakai sebahagian besar peserta.

Acara yang bermula jam 2 petang dan berakhir pukul 11 malam itu turut berjaya mengatasi populariti himpunan anti-RUU 355 di Taman Jaya, Petaling Jaya apabila hanya disertai kira-kira 100 orang dengan sambutan lesu.

Cuaca panas pada petang malah tidak menghalang peserta terus setia berada di padang seawal 10 pagi sehingga menyebabkan semua laluan ditutup dan peserta terpaksa berjalan jauh dari Bank Negara dan Dataran Merdeka.

Tinjauan media mendapati hampir 70 peratus pengunjung adalah golongan muda manakala keadaan jalan dan kawasan berhampiran Parlimen agak terkawal kerana dijaga pasukan polis serta sukarelawan Skuad Amal PAS.

Antara turut hadir ialah Ayahanda Presiden Pertubuhan Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia, Abdul Rani Kulup yang terkenal dengan uniform beliau berwarna hitam dan tagline mesra dirinya selama ini ‘Kipidap dongibap!’.

Tidak seperti lima siri perhimpunan haram Bersih di ibu negara yang dicemari aksi kurang ajar ribuan pesertanya, Himpunan RUU 355 sebaliknya berlangsung tanpa sebarang insiden liar mengikut Akta Perhimpunan Aman 2012.

Ia mengulangi semula kejayaan Himpunan Rakyat Bersatu anjuran Gerakan Baju Merah pada 16 September 2015 lalu apabila puluhan ribu peserta menyatakan sokongan sebagai tindak balas ke atas kebiadaban peserta Bersih.

Selain kehadiran ramai tokoh PAS, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom dan timbalannya, Datuk Dr. Asyarf Wajdi Dusuki juga muncul di pentas utama berucap mengenai RUU 355 tersebut.


Mereka juga menunaikan solat fardu berjemaah di bawah khemah penganjur sekali gus membuktikan pemimpin UMNO dan PAS sedia ‘bersatu hati’ demi mempertahankan maruah syiar Islam khasnya perundangan syariah.

Tidak ketinggalan barisan pendakwah terkenal, Ustaz Azhar Idrus, Ustaz Ahmad Dusuki dan Ustaz Haslin Baharim ‘Bollywood’ tampil di pentas menyampaikan tazkirah selain sesi soal jawab mengenai kekeliruan isu RUU 355.

Peserta turut disajikan dengan persembahan nasyid oleh kumpulan Nowseeheart di samping pidato oleh beberapa wakil badan bukan kerajaan termasuk bukan Islam menyatakan sokongan terhadap pindaan undang-undang itu.

Kemunculan selebriti popular tanah air antaranya penyanyi Jamal Abdillah dan pelawak Wahid Senario selain bekas menteri, Tan Sri Syed Hamid Albar dan Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir juga mencuri tumpuan ramai pihak.

Perhimpunan RUU 355 itu buat julung kali dianjurkan bersama oleh Sekretariat Ummah, Persatuan Peguam Muslim Malaysia, Majlis Ulamak dan Umarak Malaysia serta Pertubuhan Professional Muslim Malaysia.

Pada 24 November lepas, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang membawa usul RUU 355 di Dewan Rakyat, namun cuba dimomokkan pihak tertentu kononnya ia sebagai hukum hudud. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Kategori