Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Tular Rakaman CCTV Pekerja...

KUALA LUMPUR - Satu rakaman video kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan seorang individu...

Siling Kanopi, Palang Tol...

IPOH - Beberapa siling kanopi dan palang di Plaza Tol Ipoh Selatan di...

Mahkamah Batalkan Saman Anina...

PUTRAJAYA - Mahkamah Persekutuan hari ini membatalkan permohonan bekas anggota Wanita UMNO Langkawi,...

Shaheizy Sam, Syatilla Melvin...

PASANGAN selebriti popular, Shaheizy Sam dan Syatilla Melvin selamat menimang cahaya mata sulungnya,...

Lebih 8,000 Penganut Dijangka Banjiri Kuil Di Tapah

TAPAH – Pelbagai bentuk dan saiz kavadi yang berwarna-warni diusung oleh 50 penganut Hindu akan menjadi tarikan utama pengunjung Kuil Sri Thandayuthapanni, Jalan Temoh, di sini, sempena perayaan Thaipusam, esok.

Pengerusi kuil berkenaan, S. Nagiah, 60, berkata lebih 8,000 penganut dari dalam dan luar daerah ini akan berhimpun untuk membayar nazar mereka bagi memperingati kelahiran Dewa Murugan itu.

Katanya, sempena perayaan itu, kira-kira 1,000 penganut akan menunaikan nazar mereka dengan menjunjung ‘Paal Kudam’ (belanga susu) yang dianggap paling suci dan menjunjung kavadi yang dihiasi cantik dengan berjalan kaki dari Kuil Muniswarar, Jalan Tapah Road menuju ke Kuil Sri Thandayuthapanni, sejauh tiga kilometer.

“Mereka (penganut melaksanakan nazar) akan menyucikan diri terlebih dahulu di sebatang sungai berhampiran kuil mulai 5.30 pagi sebelum berarak membawa belanga berisi susu bagi memenuhi niat dan berdoa kepada kesejahteraan.

“Bagi perarakan kavadi pula, tidak kiralah kecil atau besar, ia akan bermula dalam pukul 10 pagi sebelum upacara utama memuja Dewa Murugan pada pukul 1 tengah hari,” katanya di sini hari ini.

Thaipusam adalah perayaan yang disambut oleh penganut Hindu di seluruh dunia semasa bulan penuh Tamil yang dipanggai ‘Thai’, iaitu bulan ke-10 dalam kalendar masyarakat India bagi memperingati hari lahir Dewa Murugan iaitu anak bongsu lelaki Dewa Shiva dan Dewi Parvati.

Nagiah, yang telah berkhidmat lebih 20 tahun di kuil berkenaan, berkata pelbagai aktiviti keagamaan telah bermula sejak 31 Jan lalu di kuil yang berusia 94 tahun itu.


Katanya, perarakan membawa Arca Dewa Murugan di atas pedati berhias setinggi lima meter itu akan diadakan di sekitar bandar itu serta dimeriahkan dengan upcara memecah buah kelapa oleh penganut di sepanjang laluan perarakan itu.

Sementara itu, tinjauan Bernama ke kuil berkenaan yang merupakan salah satu daripada enam kuil yang menyambut perayaan secara besar-besaran di Perak itu mendapati para sukarelawan sibuk melakukan persiapan.

Bagi B.Sathia Seelan, 35, setiap kali Thaipusam, beliau akan menjadi sukarelawan membantu pengurusan keceriaan kuil termasuklah melakukan anyaman daun kelapa menjadi perhiasan ‘Thennam Mathai’ dan ‘Thoranam’ untuk dipasang di kawasan kuil.

“Saya sejak kecil lagi suka ke kuil membantu membuat kerja sebegini dan ia memberikan kepuasan,” katanya. – BERNAMA

Kategori