Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Fauziah Latiff Sahkan Bakal...

KUALA LUMPUR - Selepas sekian lama mengunci mulut mengenai alam rumah tangga, penyanyi...

Tunku Azizah Pun ‘Order’...

PETALING JAYA - Tergamam apabila melihat nama pembeli. Itulah reaksi seorang penjual dalam...

KPT Fokus Lahirkan Graduan...

SERDANG - Lebih banyak peluang dan program usahawan akan dijana di peringkat universiti...

Ngeri.. Batang Besi 6...

SEORANG pekerja lelaki sebuah syarikat pembinaan di China terselamat dari maut selepas rod...

“Lebih Baik Anda Menonton Ping Pong” – TMJ

JOHOR BAHRU – Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim meminta mana-mana pihak yang tidak suka dengan corak permainan pasukan bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) supaya menonton ping pong sahaja.

Baginda yang juga pemilik JDT bertitah, corak permainan `Total Football‘ yang dipamerkan kelab itu sejak dikendali jurulatih Benjamin Mora merupakan falsafah dan identiti JDT.

“Kami masih baru dalam perkara ini dan kami akan menguasainya. Tetapi jika anda tidak suka permainan ‘total football‘, lebih baik anda menonton ping pong.

“Saya bersama Johan Cruyff pada tahun 2012. Ketika itu Fandi Ahmad adalah jurulatih kami. Saya banyak belajar daripada Cruyff.

“Jadi, pada tahun 2014, kami lancarkan falsafah dan identiti kelab. Kami akan menghormati dan mengutamakan falsafah kami,” titah baginda dalam satu kenyataan hari ini.


Pasukan JDT sejak dilatih Mora mengamalkan corak permainan berbeza dengan jurulatih terdahulu, Mario Gomez yang disingkirkan kerana didakwa tidak selari dengan falsafah kelab JDT.

JDT bagaimanapun memulakan Liga Malaysia musim ini dengan prestasi kurang baik dan menerima kritikan penyokongnya sendiri. – MYNEWSHUB.CC

Kategori