Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Lesen Pengendali Bas Terbabit...

KUALA LUMPUR - Lesen perkhidmatan Goldstar Express (M) Sdn. Bhd., pengendali bas ekspres...

Pemilihan PKR 2022: Penamaan...

SHAH ALAM - Proses penamaan calon peringkat pimpinan di semua 222 cabang seluruh...

Ihsan Perdana Dapat Geran...

KUALA LUMPUR – Ihsan Perdana Sdn. Bhd. yang merupakan syarikat yang melaksanakan aktiviti...

PRIHATIN: Apa Rakyat Bakal...

KUALA LUMPUR - Bermula hari ini rakyat Malaysia daripada pelbagai lapisan masyarakat yang...

Min Ho Derma RM170K Bantu Kanak-Kanak Mangsa Dera

AKTOR Korea Selatan, Lee Min Ho bukan sahaja selebriti yang pandai melayan para peminatnya bahkan seorang yang dermawan.

Menerusi sebuah laman hiburan, hero drama bersiri Legend of The Blue Sea ini dikhabarkan telah menderma sebanyak 50 juta won (RM170,000) kepada sebuah pertubuhan bagi membantu kanak-kanak mangsa dera.

Kemurahan hati Min Ho itu didedahkan oleh sebuah organisasi iaitu Good Neighbors di atas kesudian pelakon itu membantu menyelesaikan masalah bil dan rawatan terapi mangsa yang terlibat.

Min Ho Derma RM170K Bantu Kanak-Kanak Mangsa Dera

Berita kemurahan hati Min Ho bukan sesuatu yang baharu kerana pelakon itu sering terlibat dalam aktiviti amal selain menderma kepada beberapa badan kebajikan yang lain.

Tambah organisasi itu lagi, sumbangan itu disalurkan oleh Min Ho menerusi sebuah platform dikenali sebagai Promiz yang ditubuhkan pada 2014.


Promiz telah mengadakan pelbagai projek bagi membantu golongan yang memerlukan.

Terbaharu pada Januari lalu Promiz dengan usahasama Good Neighbors telah mengadakan projek yang dinamakan sebagai ‘Warm your body and heart project’ yang dilancarkan menerusi Facebook mencari sebanyak 1000 like untuk projek tersebut.

Ternyata projek yang dilancarkan mendapat kutipan like yang disasarkan dan sejumlah wang telah didermakan kepada badan yang memerlukan. – MYNEWSHUB.CC

Sumber: mStar Online

Kategori