Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Premis Sate Tulang Di...

SEREMBAN - Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan (JKNS) mengarahkan pengusaha premis sate tulang di...

Taman Tema Dibenar Operasi,...

PUTRAJAYA - Mesyuarat Khas Menteri-Menteri Mengenai Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), hari ini...

Remaja Dibogel, Diarak Kerana...

SEORANG remaja perempuan mengalami keadaan ngeri apabila diarak dalam keadaan bogel sebagai pembalasan...

MH370: Kakak Lega Nama...

PUTRAJAYA – Keluarga Kapten Zaharie Ahmad Shah menarik nafas lega apabila Laporan Siasatan...

Lelaki Cuba Curi Barang Berharga Dalam Kuil Ditahan

GEORGE TOWN – Polis menahan seorang lelaki disyaki cuba memecah masuk sebuah kuil Hindu di Jalan Trusan, di sini semalam.

Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Chuah Ghee Lye berkata kejadian pada pukul 7.20 pagi itu disedari seorang penjaga kuil yang ketika itu berada di dapur rumahnya yang terletak kira-kira tiga meter dari kuil.

“Wanita berusia 63 tahun itu ternampak lelaki berkenaan melompat masuk ke dalam kawasan kuil berpagar itu dan dia bersama anaknya telah pergi ke kuil untuk menangkap suspek.

“Semasa ditangkap lelaki berumur 42 tahun itu memegang pemotong besi dan siasatan polis mendapati lelaki itu cuba memotong pintu kuil yang bermangga menggunakan pemotong itu untuk masuk ke dalam kuil bagi mencuri barang berharga di situ,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata kejadian itu tiada kaitan dengan sambutan Thaipusam seperti dakwaan dalam media sosial sebaliknya insiden berkenaan merupakan kejadian kali kedua lelaki itu masuk ke dalam kuil untuk mencuri barang berharga.

Chuah berkata dalam kejadian pertama, suspek berjaya melarikan diri dan lelaki yang tidak bekerja serta mempunyai tujuh rekod jenayah itu kini direman bagi membantu siasatan.


Sementara itu, Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Mior Faridalathrash Wahid berkata polis menahan dua wanita dan seorang lelaki bagi membantu siasatan kejadian seorang remaja perempuan berusia 19 tahun dipukul di hadapan sebuah bangunan di Persiaran Karpal Singh, di sini Ahad lepas.

Beliau berkata tiga individu berusia 19 hingga 24 tahun itu ditahan secara berasingan di sekitar George Town di sini bermula pukul 11.45 pagi semalam dan siasatan awal mendapati kejadian itu berpunca daripada perasaan tidak puas hati berhubung hal kerja.

“Dalam kejadian kira-kira pukul 1.40 pagi itu, mangsa bersama rakannya yang bekerja sebagai pembantu kedai dalam perjalanan balik ke rumah selepas habis kerja apabila dua wanita bersama seorang lelaki menghampiri mereka dan seorang daripadanya menumbuk kepala remaja itu.

“Remaja itu terjatuh dan suspek terus menendang badan serta memijak kepala mangsa. Remaja perempuan itu pengsan dan dibawa rakannya ke Hospital Pulau Pinang,” katanya. – BERNAMA

Kategori