Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

MB Selangor Yang Baharu...

SHAH ALAM - Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Tua, Amirudin Shari yang...

Rani Mukerji Kongsi Gambar...

MENGIMBAU kembali filem Bollywood berjudul Kuch Kuch Hota Hai, sudah tentu wajah pelakon Rani...

Batal Lesen Perniagaan Jika...

KUALA LUMPUR - Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengambil tindakan membatalkan lesen...

Aktres Jelita Hollywood Pakai...

SYDNEY – Siapa sangka di sebalik penampilan anggun Cate Blanchett dalam pelbagai acara...

Lelaki Didakwa Miliki Bahan Berkaitan Daesh

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan memiliki bahan berkaitan kumpulan pengganas Daesh, bulan lepas.

Tiada pengakuan direkodkan daripada Hasbullah Hassan, 37, selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Majistret Siti Radziah Kamarudin.

Hasbullah didakwa memiliki 10 video dan enam keping gambar berkaitan kumpulan pengganas Daesh yang disimpan di dalam telefon bimbit miliknya di pekarangan bangunan HSBC No. 2, Lebuh Ampang, di sini pukul 12.20 tengah hari, 29 Januari lepas.

Pertuduhan mengikut Seksyen 130JB(1)(a) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda dan boleh dilucutkan hak ke atas mana-mana bahan terbabit, jika sabit kesalahan.


Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Munirah Shamsudin manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Mahkamah menetapkan 25 April untuk sebutan semula kes. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • Daesh

Kategori