Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Pasukan Asia Perlu Contohi...

KUALA LUMPUR - Pasukan kebangsaan di rantau Asia perlu menjadikan Jepun sebagai contoh...

Aliff Aziz Didakwa Lagi...

KUALA LUMPUR - Pelakon kontroversi, Aliff Aziz didakwa lagi di mahkamah Singapura  atas...

6 Acara Sempena Hari...

JOHOR BAHRU - Enam acara utama diatur di peringkat negeri ini bersempena sambutan...

Kabinet Belum Putuskan Hapus...

PUTRAJAYA – Kabinet masih belum membuat sebarang keputusan akhir berkenaan penghapusan had paras...

Lelaki Nyaris Maut Ditembak Depan Rumah

SEORANG lelaki nyaris maut selepas ditembak dua lelaki yang tidak dikenali di hadapan rumahnya di Bandar Enstek, Nilai, Negeri Sembilan, tengah malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 12.30 tengah malam itu, mangsa yang berusia 47 tahun itu baru tiba di hadapan rumahnya selepas keluar menaiki kereta rakannya.

Harian Metro melaporkan, Ketua Polis Daerah Nilai Superintendan Zaldino Zaludin berkata mangsa cedera di perut dan lengan kiri selepas terkena dua das tembakan yang dilepaskan salah seorang suspek.

Menurutnya, suspek yang menaiki motosikal kemudiannya bertindak melarikan diri selepas melepaskan tembakan.

“Mangsa yang tidak sedarkan diri itu dihantar ke sebuah hospital swasta sebelum dipindahkan ke Hospital Tuanku Jaafar (HTJ) Seremban untuk rawatan lanjut,” katanya.


Jelasnya, kes tersebut masih dalam siasatan bagi mengenal pasti suspek dan motif kejadian. – MYNEWSHUB.CC

Kategori