Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Ditikam, Dilanggar, Digilis Sampai...

EMPAT lelaki menikam, melanggar dan menggilis seorang lelaki sehingga mati dalam kejadian tragis...

Wanita Lahir Tanpa Rahim...

Seorang wanita yang dilahirkan tanpa rahim dan pangkal rahim hanya menyedari mengenai keadaan...

Jemaah Haji Muassasah Kekal...

KUALA LUMPUR - Jemaah haji muassasah kekal membayar RM9,980 bagi musim haji 1441H/2020M...

TPM Tiba Di Terengganu...

KUALA TERENGGANU - Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi tiba...

Lelaki Rugi RM180k Disamun Lepas Keluarkan Duit

SERI ISKANDAR – Seorang lelaki berusia 30 tahun kerugian RM180,000 selepas disamun sekumpulan empat lelaki bersenjatakan parang di Ipoh, semalam.

Ketua Jabatan dan Siasatan Jenayah negeri, Datuk Gan Tack Kee berkata dalam kejadian kira-kira pukul 5.45 petang itu, kereta suspek telah menghalang kereta dipandu mangsa yang baharu mengeluarkan wang dari sebuah bank.

Katanya suspek juga bertindak memecahkan cermin kereta jenis Perodua Myvi milik mangsa selain turut bertindak membuang angin tayar belakang kenderaan mangsa.

“Keempat-empat suspek yang bersenjatakan parang dan tidak memakai topeng itu mengambil beg duit mengandungi wang tunai berjumlah RM180,000 yang diletakkan di tempat duduk penumpang hadapan.

Bagaimanapun mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya kepada pemberita selepas menyaksikan majlis serah terima tugas Ketua Polis Daerah Perak Tengah di Ibu Pejabat Polis Daerah Perak Tengah di sini hari ini.

Majlis itu menyaksikan bekas Timbalan Ketua Polis Daerah Jerantut, Supt Mohamad Zainal Abdullah dilantik sebagai Ketua Polis Daerah Perak Tengah yang baharu berkuatkuasa hari ini menggantikan Supt Aziz Hassan yang bersara wajib.


Menurut Gan, kejadian samun itu merupakan kes kedua berlaku dalam tempoh lima bulan dengan melibatkan modus operandi yang sama.

Katanya modus operandi yang diguna adalah dengan memerhati gerak geri mangsa di dalam bank serta mengekori dan menghalang pergerakan mangsa untuk menyamun.

“Ini bukan modus operandi terbaru kerana kejadian seperti memancitkan tayar dan memecahkan cermin kenderaan pernah berlaku selain mangsa sering meletakkan harta benda yang bernilai di dalam kenderaan,” katanya. – BERNAMA

Kategori