MUNGKIN ini pekerjaan yang boleh disifatkan sebagai paling sukar di dunia kerana terpaksa menyapu jalan dalam cuaca sejuk di bawah paras beku iaitu -38C di Mongolia. Tetapi ternyata ia bukan sesuatu yang sukar bagi Cui Yobo.
Walaupun sejuk, namun lelaki berusia 60 tahun ini tetap tabah menyapu salji dan sampah di bandar Yakeshi.
Cui terpaksa membuat pekerjaan sukar itu bagi membayar hutang yang dpinjam daripada rakan-rakan dan keluarganya selepas kematian isterinya, tahun lepas.
Gaji Wang sebulan adalah RM966. Dia terpaksa memakai baju tebal ketika melakukan pekerjaannya itu tetapi di sebalik kesukaran yang dialaminya itu, Cui tetap positif.
Malah ketika gambarnya dirakamkan, dia masih sempat tersenyum kerana baginya apa yang penting ialah dia dapat membayar semula hutangnya.
Ternyata gambar-gambar Cui itu telah menjadi pembakar semangat kepada ramai orang apabila ia dimuatnaik dalam laman media sosial Weibo di China. – MYNEWSHUB.CC