Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Akan Lantik Jururunding Kaji...

KUALA LUMPUR - Persidangan Dewan Negara hari ini diberitahu bahawa Kementerian Dalam Negeri...

Kawal Aktiviti Pelancongan, Pelihara...

KUALA TERENGGANU - Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin mahu aktiviti pelancongan di...

Padah Lakukan Seks Depan...

FLORIDA - Padah melakukan seks di khalayak ramai, akhirnya seorang lelaki dihukum penjara...

Undang-Undang Baharu Bakal Kawal...

JASIN - Undang-undang kawalan hasil tembakau yang sedang dirangka Kementerian Kesihatan untuk dibentang...

Lelaki Warga Indonesia Disambar Petir Ditemui Lemas

JOHOR BAHRU – Seorang lelaki warga Indonesia maut selepas dipercayai dipanah petir sebelum terjatuh dari rakit sangkar kupang di Kampung Kuala Masai, Masai, di sini pada Jumaat lepas.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Supt Jokhiri Bin Abdul Aziz berkata dalam kejadian pada pukul 5 petang itu, mangsa yang dikenali sebagai Suhardi, 26, sedang berteduh di rakit berkenaan berikutan cuaca hujan lebat.

“Ketika kejadian, dua lelaki warga Indonesia sedang berteduh sebelum salah seorang daripada mereka terkena panahan petir sehingga menyebabkannya terjatuh ke dalam laut.

Pihak polis menerima laporan mengenai kejadian pada pukul 11 malam hari yang sama yang mana kita telah mengaktifkan pasukan mencari dan menyelamat yang dianggotai oleh 18 anggota terdiri daripada polis marin, Jabatan Bomba dan Penyelamat serta persatuan nelayan dan penduduk kampung,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Menurutnya lagi, operasi mencari dan menyelamat bermula pada 8 pagi hingga 9 malam pada hari Sabtu di sekitar radius 100 meter dari kawasan sangkar kupang mangsa terjatuh namun gagal mengesan mangsa.


Mayat mangsa hanya dijumpai pada pukul 11 pagi semalam dalam keadaan terapung sekitar 100 meter dari tempat mangsa dilaporkan terjatuh.

Mayat mangsa kemudian dibawa ke Hospital Sultan Ismail (HSI) untuk dibedah siasat.

Hasil siasatan mendapati mangsa berasal dari Selat Panjang, Riau, Indonesia. Kes diklasifikasikan sebagai kes mati mengejut dan siasatan lanjut dijalankan. – BERNAMA

Kategori