Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Remaja Lawan Arus Nahas...

BUKIT MERTAJAM - Pemandu remaja perempuan yang melawan arus sehingga menyebabkan maut, mengaku...

Art In The City...

KUALA LUMPUR - Agensi Pembangunan Ekonomi Kebudayaan (CENDANA) dengan kerjasama Kementerian Wilayah dan Dewan...

Wanita UMNO Cheras Imarahkan...

KUALA LUMPUR - Dalam usaha mengimarahkan al-Quran pada Ramadan kali ini, kira-kira 450...

Awi Kenal Atikah Ketika...

PENYANYI, Awi Rafael mendedahkan dia hanya mula mengenali tunangnya, Atikah Suhaimie ketika masih...

Letak Imej Anjing, Babi Pada Produk Tak Halal- PPIM

KUALA LUMPUR – Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menggesa peniaga segera meletakkan imej babi atau anjing pada produk yang menggunakan bahagian binatang berkenaan, lapor Free Malaysia Today.

Pengerusi PPIM, Datuk Nadzim Johan berkata langkah itu bertujuan mengelakkan pengguna Islam daripada keliru dan terus membeli barangan yang diperbuat daripada sumber haram.

Sebagai contoh, bukan semua pengguna tahu maksud porcine yang terdapat pada label sesuatu produk adalah babi.

“Namun jika imej babi diletakkan pada produk berkenaan, semua orang termasuk kanak-kanak akan tahu ia dihasilkan daripada haiwan itu,” katanya pada sidang media bagi mengulas isu berus bulu babi, hari ini.

Menurutnya lagi, perkara itu bukan isu politik, agama atau perkauman kerana undang-undang yang sedia ada di bawah Akta Perihal Dagangan 2011 menetapkan barangan yang diperbuat daripada babi atau anjing dilabelkan.


Di bawah akta yang sama juga, barang berkenaan perlu diletakkan secara berasingan daripada barang-barang lain yang terdapat di dalam premis.

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) sebelum ini memberi tempoh selama sebulan bermula 9 Februari kepada peniaga untuk melabelkan produk yang diperbuat daripada bulu binatang termasuk menyatakan secara khusus sama ada ia diperbuat daripada bahagian tubuh babi atau anjing. –MYNEWSHUB.CC

Kategori