Monday, January 20, 2025

Creating liberating content

Kebakaran: HKL Adakan Mesyuarat...

KUALA LUMPUR — Jabatan Kecemasan Hospital Kuala Lumpur (HKL) akan mengadakan mesyuarat “maklum...

LGE Ditempelak, Cuba Heret...

NIBONG TEBAL - Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng ditempelak kerana didakwa...

Ainul Aishah: Saya Tak...

TAK semena-mena hanya kerana sekeping gambar, nama Ainul Aishah kembali menjadi sebutan hangat...

Dianggap Sebagai Kekasih Anak...

Dengan kulit yang bercahaya, rambut tebal tanpa kedutan di badan, sukar untuk mempercayai...

Liga Super: Perlawanan Kelantan-JDT Sabtu Ini Ditunda

KOTA BHARU – Perlawanan bola sepak Liga Super antara Kelantan dan Johor Darul Ta’zim (JDT) yang dijadual berlangsung di Stadium Sultan Muhammad IV Sabtu ini, ditunda ke tarikh lain yang akan ditetapkan.

Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) Datuk Ismail Md Noor berkata penundaan perlawanan itu berikutan pasukan JDT dijadualkan ke Jepun bagi menghadapi perlawanan kelayakan akhir Liga Juara-Juara Asia (ACL).

“Kami (Kafa) menerima makluman itu daripada FAM (Persatuan Bolasepak Malaysia) hari ini dan bersetuju dengan keputusan menunda perlawanan itu ke satu tarikh yang akan dimaklumkan kemudian,” katanya di sini, hari ini.

Pasukan JDT mara ke pusingan kelayakan akhir ACL selepas menang tipis 5-4 menerusi penentuan sepakan penalti ke atas kelab Thailand, Bangkok United pada pusingan kedua di Stadium Thammasat, Pathum Thani, malam tadi.


Sebelum ini, perlawanan Liga Super antara Kelantan dan Melaka United yang dijadualkan di Stadium Sultan Muhammad IV pada 21 Jan lepas, ditunda kepada 21 Feb ini, berikutan cuaca buruk. – BERNAMA

Kategori