Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

KPDNHEP Rampas Diesel Bersubsidi

JOHOR BAHRU - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Johor...

Tak Terjejas Isu 1MDB,...

TATKALA Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DOJ) menggemparkan dunia dengan bertindak memfailkan saman ke...

VIDEO: Bila Puak Orang...

TIDAK  dapat dibayangkan jika kita tiba-tiba terpaksa hidup di dalam pedalaman, terputus daripada...

Nad Zainal Harap Percintaan...

SERING gagal dalam beberapa siri hubungan percintaannya dahulu, pelakon comel Nad Zainal kali...

LIMA’17 Dapat Sambutan, 95% Ruang Sudah Dijual

LANGKAWI – Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi (LIMA ’17) bermula 21 Mac ini kekal mendapat sambutan syarikat antarabangsa dengan 95 peratus ruang pameran sudah dijual, biarpun dalam keadaan ekonomi dunia agak mencabar sekarang.

Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata LIMA’17 yang akan berlangsung selama lima hari melibatkan tambahan ruang pameran sebanyak 40 peratus berbanding LIMA ’15, namun tetap mendapat sambutan hangat.

“Berdasarkan respons daripada syarikat-syarikat antarabangsa ini, nampaknya LIMA akan kekal dianjurkan,” katanya kepada pemberita selepas meninjau persiapan tapak pameran LIMA’17 di sini, hari ini.

Sebelum itu beliau mempengerusikan mesyuarat penyelarasan peringkat menteri pameran LIMA’17 yang turut dihadiri Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai dan beberapa timbalan menteri.

Untuk tahun ini, jumlah keluasan ruang pameran yang disediakan adalah 119,209 meter persegi berbanding 104,209 meter persegi pada tahun 2015.

Hishammuddin berkata sehingga hari ini, sebanyak 505 buah syarikat dari 36 buah negara sudah menyatakan komitmen mereka untuk mengambil bahagian dalam LIMA kali ini.

Katanya nilai kontrak perjanjian yang bakal ditandatangani dalam LIMA ’17 juga dijangka meningkat ekoran penglibatan kementerian-kementerian lain dalam penganjuran tahun ini.


Pada 2015, nilai kontrak yang dicatatkan berjumlah RM9.29 bilion berbanding RM4.7 bilion pada LIMA 2013.

“Kita terima laporan yang cukup menggalakkan… saya yakin bukan dalam konteks (perjanjian kontrak untuk) industri pertahanan sahaja bila kita libatkan Kementerian Pengangkutan sejak LIMA yang lalu, tahun ini lebih banyak lagi perjanjian yang boleh ditandatangani,” katanya.

Katanya ini ditambah lagi dengan komitmen diberikan oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri yang turut menyenaraikan beberapa perjanjian kontrak melalui kementerian itu untuk dimeterai tahun ini.

“Sama ada menjadi kenyataan atau tidak, kita tunggu hari yang ditetapkan,” katanya. – BERNAMA

Kategori