Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Suami Isteri Didakwa Edar...

KANGAR - Sepasang suami isteri didakwa di Mahkamah Majistret Kangar hari ini atas...

Kedah Harap Pelantikan Mahdzir...

ALOR SETAR - Kerajaan negeri Kedah berharap pelantikan Datuk Seri Mahdzir Khalid sebagai...

Janda Anak 3 Ditahan...

LANGKAWI - Seorang janda anak tiga ditahan susulan penemuan mayat seorang bayi dalam...

Lebih 120,000 Tandatangan Petisyen...

SHAH ALAM - Petisyen menggesa kerajaan mengharamkan kumpulan pendesak Cina, Persekutuan Persatuan-Persatuan Lembaga...

Liow Arah MAHB Bantu Siasatan Kes Kematian Warga Korea Utara

PUTRAJAYA – Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai mengarahkan Malaysia Aiports Holdings Bhd (MAHB) memberi kerjasama kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) berhubung siasatan kematian seorang warga Korea Utara di Lapangan Terbang Kuala Lumpur 2 (klia2) pada Isnin lepas.

Beliau dalam masa yang sama memberi jaminan bahawa lapangan terbang itu selamat dan mempunyai kawalan keselamatan yang terbaik.

“Amat penting untuk kita mengadakan sistem keselamatan yang baik (di lapangan terbang) dan lapangan terbang kita adalah selamat,” katanya ketika ditemui pemberita di kementeriannya, di sini hari ini.

Meskipun tidak mempunyai maklumat terperinci berhubung insiden itu, Liow berkata beliau mengarahkan MAHB supaya bekerjasama dengan polis, termasuk memberi rakaman kamera litar tertutup (CCTV).


Polis masih menyiasat identiti sebenar lelaki warga Korea Utara, Kim Chol, yang dilaporkan sebagai abang pemimpin Korea Utara, Kim Jong-Un.

Kim dilaporkan berada di klia2 untuk menaiki penerbangan ke Macau pada Isnin dan kemudian meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital setelah meminta bantuan di kaunter lapangan terbang berkenaan. – BERNAMA

Kategori