Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Penganggur Dihukum Mati Edar...

KUALA LUMPUR - Seorang penganggur dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi...

Sarawak Masih Tunggu Penjelasan...

KUCHING - Sarawak masih menunggu penjelasan lebih lanjut mengenai komitmen kerajaan dalam isu...

Kes Positif COVID-19 Menurun...

PUTRAJAYA - Kementerian Kesihatan (KKM) merekodkan penurunan kira-kira 20 peratus kes positif sepanjang...

LRA Tualang 2 Manfaatkan...

Kuala Krai : Loji Rawatan Air (LRA) Tualang 2 mampu menampung keperluan 5,000...

Lisa Kini Terbuka… Setuju Anak Jadi Duta Produk

JIKA dahulu, pasangan selebriti popular, Yusry KRU dan Lisa Surihani memilih untuk tidak terlalu mendedahkan anak di khayalak umum, namum kini mereka nampaknya sudah bersikap lebih terbuka.

Pasangan tersebut bersetuju anak perempuan mereka, Yahaira Leanne dilantik menjadi duta produk untuk koleksi terbaru rekaan pereka fesyen terkenal Jovian Mandagie.

Menurut Lisa, 31, dia bersetuju tawaran yang membabitkan anaknya itu memandangkan masih ada batas waktu dalam bekerja.

Pada masa yang sama, Lisa bersyukur kerana Yahaira yang kini berusia setahun lima bulan dapat berkerjasama dengan baik.

“Ketika mendapat tawaran itu, saya berfikir panjang juga sebelum memberi kata putus. Ini kerana ia membabitkan anak.

“Alhamdulillah Yahaira memberikan kerjasama baik sepanjang sesi fotografi dijalankan. Saya pun terkejut dia boleh beraksi dengan baik di depan kamera,”€ katanya kepada Harian Metro.

Sementara itu, Lisa memberitahu, dia dan Yusry akan berbincang sekiranya ada tawaran lain membabitkan anaknya lagi.


“€Kami tak mahu main ambil saja tanpa usul periksa. Bagaimanapun, kami akan menolak tawaran itu sekiranya membabitkan dia seorang saja,” katanya.

Jelas Lisa, keizinan membabitkan Yahaira dalam bidang komersial juga bukan bermaksud dia mahu anaknya terlibat dalam industri hiburan kelak.

Dalam perkembangan lain, Lisa kini sedang hamil anak kedua dan dijangka bersalin April ini. – MYNEWSHUB.CC 

Kategori