Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Sarawak Tetap Perjuangkan Hak...

KUCHING - Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg mengulangi bahawa...

Kanak-Kanak Perempuan Melecur Disimbah...

GEORGE TOWN - Seorang kanak-kanak perempuan melecur di beberapa bahagian badan selepas disimbah...

SMK Pekan Nabalu Akan...

TUARAN - Sebuah sekolah menengah kebangsaan (SMK) akan dibina berdekatan kaki Gunung Kinabalu...

“Salam Perpaduan, Vanakkam!” –...

KUALA LUMPUR - Isyarat pentingnya perpaduan dalam kalangan masyarakat tanpa mengira perbezaan kaum...

Logo Ulang Tahun Ke-60 Hubungan Malaysia-Jepun

KUALA LUMPUR – Sebuah logo telah direka khusus sempena meraikan Ulang Tahun ke-60 penubuhan Hubungan Diplomatik antara Malaysia dan Jepun.

Logo itu dicipta oleh Mohamad Faizal Omar, pemenang Pertandingan Rekabentuk Logo yang diadakan dari 26 Okt hingga 15 Nov tahun lepas.

“Reka bentuk ialah untuk memberi penekanan ulang tahun ke-60 dengan angka besar 60 diletakkan di bawah bendera Malaysia dan Jepun,” kata Kementerian Luar dan Kedutaan Jepun di Malaysia dalam satu kenyataan media bersama di sini, hari ini.

“Logo ini ialah ikon (simbol) bagi siri acara yang akan dianjurkan oleh kedua-dua kerajaan sepanjang tahun ini sebagai sebahagian daripada sambutan.

Acara yang akan diadakan di Malaysia antaranya ialah persembahan Noh, Bon Odori, Festival Jepun dan lain-lain.


Kedua-dua kerajaan ingin menjemput pertubuhan Malaysia dan Jepun, syarikat swasta atau individu, untuk menggunakan logo tersebut dan menjadi sebahagian daripada sambutan.

Untuk memohon bagi menggunakan logo, sila hantar e-mel kepada kedutaan di [email protected], dan untuk maklumat lanjut, boleh melayari www.my.emb-japan.go.jp. – BERNAMA

Kategori