Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Hishammuddin Punyai Strategi Tangani...

PUTRAJAYA - Pelantikan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein sebagai Menteri dengan Tugas-tugas Khas...

Pasangan Kekasih Ditahan, Dadah...

JOHOR BAHRU - Polis menahan sepasang kekasih dan menemukan pelbagai jenis dadah bernilai...

KPKT Belum Luluskan Pemberian...

SUNGAI PETANI - Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) masih belum meluluskan sebarang...

“Kita Tunggu Azmin Jawab...

KUALA LIPIS - Isu kelewatan pengagihan bayaran tunggakan kepada peneroka FELDA akan dijawab...

LTdL: Barbin Tamatkan Badi 5 Tahun Bardiani CSF

MUAR – Pelumba Itali, Enrico Barbin menamatkan kemarau lima tahun kemenangan peringkat bagi pasukan Bardiani CSF selepas menjuarai peringkat keenam Le Tour de Langkawi (LTdL) 2017 dari Senawang ke Dataran Tanjung Emas di sini, hari ini.

Pelumba Australia, Anthony Giacoppo daripada pasukan IsoWhey Sports SwissWellness menduduki tempat kedua, manakala seorang lagi pelumba Itali, Filippo Pozzato yang mewakili Team Wilier Triestina di kedudukan ketiga.

Ketua pegawai perlumbaan, Ibrahim Omar memutuskan 10 pelumba teratas pada perlumbaan sejauh 176.3km itu mencatat masa yang sama 4 jam 9 minit dan 16 saat, selepas kesemua mereka menamatkan saingan dalam kelompok.

Untuk rekod, Marco Canola meraih kemenangan peringkat bagi pasukan benua profesional Itali itu pada peringkat ketujuh LTdL 2012 yang melibatkan jarak perlumbaan sejauh 205.8km dari Bentong ke Kuantan.

Pelumba Afrika Selatan, Ryan Gibbons daripada Team Dimension Data, yang menamatkan perlumbaan hari ini di tempat ke-13, bagaimanapun masih mengekalkan jersi Kuning selaku pendahulu keseluruhan dan jersi Teal sebagai Raja Pecut, dengan berbaki dua perlumbaan.

Kapten Terengganu Cycling Team, Mohd Zamri Saleh muncul pelumba terbaik Malaysia pada saingan peringkat keenam itu apabila menduduki tempat ke-10 daripada keseluruhan 105 pelumba.

Sementara, rakan sepasukannya Mohd Shahrul Mat Amin mempertahankan kedudukan selaku pelumba terbaik Malaysia keseluruhan dengan catatan 23 jam 10 minit dan 14 saat selepas enam peringkat perlumbaan.

Pelumba Denmark, John Kronborg Ebsen daripada Infinite AIS Cycling Team, terus menambah mata untuk mengekalkan jersi Merah selaku Raja Bukit dengan mengumpul 32 mata, mengatasi pelumba Eritrea, Mekseb Debesay daripada Team Dimension Data (25 mata) dan pelumba Colombia, Wilmar Jair Perez Munoz yang mewakili Team Sapura Cycling dengan 22 mata.

Pelumba Jepun, Hideto Nakane yang mewakili Nippo-Vini Fantini, pula merampas jersi Putih selaku Pelumba Terbaik Asia daripada pelumba Kazakhstan, Yevgeniy Gidich (Vino-Astana Motors), selepas mencatat masa keseluruhan 23 jam 3 minit dan 28 saat.


Bercakap kepada pemberita kemudian, Barbin berkata beliau gembira untuk meraih kemenangan sulung itu musim ini, dan menjadi pembakar semangat bagi beliau untuk menjuarai perlumbaan akan datang.

“Saya tidaklah sepantas pelumba pecut lain di sini, namun di penghujung saingan, saya mengambil peluang (daripada keadaan hujan) untuk membuat pecutan pada masa yang sesuai untuk meraih kemenangan ini,” katanya.

“Saya tidak pasti untuk saingan esok, tetapi kami akan cuba meraih kemenangan pada perlumbaan peringkat akhir Rabu ini,” kata pelumba berusia 26 tahun itu.

Gibbons, dalam pada itu, berkata beliau tidak kecewa dengan keputusan hari ini berikutan terpaksa berlumba dalam keadaan hujan yang sedikit menjejaskan kayuhannya, namun melahirkan keyakinan mampu mengekalkan jersi Kuning sehingga tamat LTdL 2017.

“Biasanya, saya mampu menampilkan prestasi yang baik berlumba dalam keadaan hujan, namun saya belum lagi dapat menyesuaikan diri dengan keadaan ini di sini. Apa pun saya gembira tidak terbabit dalam kemalangan semasa perlumbaan atau hilang jurang masa yang besar berbanding pencabar saya.

“Saya masih melihat peluang melakukan pecutan di dua peringkat akhir ini, dan berusaha meraih satu lagi kemenangan peringkat selepas berjaya melakukannya semalam. Saya harap dapat terus mempertahankan jersi Kuning sehingga tamat LTdL,” kata Gibbons.

Peringkat ketujuh esok, melibatkan jarak perlumbaan sejauh 148.1km dari Melaka ke Rembau, Negeri Sembilan, menampilkan tiga zon pecutan di Sungai Tuang, Lendu dan Tampin, serta tiga zon pendakian di Gemencheh, Bukit Rokan dan Bukit Miku. – BERNAMA

Kategori