HATI lelaki mana yang tak hancur berkecai apabila mengetahui gadis yang dicintai meninggalkannya untuk berkahwin dengan lelaki lain.
Luahan hati oleh pengguna Twitter bernama @kimbuenos ini menjadi tular di laman sosial dan meninggalkan kesan mendalam terhadap netizen.
“Patutlah dia marah sangat bila aku post gambar dia. Last-last dapat tahu juga dah nak kahwin. Aku terjaga jodoh orang. Selama ini aku diperbodohkan dengan kau!” tweet Kim 18 jam lalu.
Menurut Kim, gadis yang diminatinya itu memberikan alasan yang dia mahu bakal suami yang lebih matang.
“Nak buat macam mana, dia nak yang matang. Haa amek bakal suami beza umur dengan dia, 10 tahun.
“Bila parents aku call, dari mulut dia sendiri mengaku yang dia tidak pernah ada perasaan dengan aku,” katanya.
Malah, hasil tinjauan Mynewshub yang memang pakar dalam bidang stalker ini, rupa-rupanya Kim telah mendapat petunjuk melalui mimpi bahawa memang gadis yang disayanginya itu mempunyai teman lelaki lain.
Tweet tersebut dimuat naik pada 29 Disember tahun lalu, iaitu kira-kira 37 hari sebelum lelaki ini mengetahui cerita sebenar di sebalik perubahan sikap teman wanitanya itu.
Ramai netizen yang turut meluahkan rasa simpati terhadap nasib yang dihadapi Kim dan tidak putus-putus memberikan kata-kata semangat kepadanya.
“@Lal4Rooslin: @kimbuenos Ini ujian awak. Insya’Allah, nanti datanglah jodoh sebaik-baik jodoh buat awak.🌷Bersyukurlah.”
“@asymhzeekhan: @kimbuenos La tahzan inallaha maana. Time will heal the pain. Ada hikmah semua ni jadi sebelum lagi jauh hubungan dia dan u. Bersangka baik lah dengan Allah.”
“@shamilfirdauss: @kimbuenos Chill bro bila tak bagi post pic dekat IG tu memang tanda besar dah gua experience that.. So shit bila fikir balik tapi leklek je bro.. Kifarah.”
Bukan sekadar itu, malah ada juga para netizen daripada kalangan gadis-gadis cuba ‘masuk line‘ dengan menawarkan diri mereka untuk menjadi penawar luka di hati Kim. Amboi, kemain lagi kau!
Sementara itu, Kim turut mengucapkan terima kasih kepada para netizen yang prihatin terhadap keadaan dirinya yang sedang dalam kekecewaan itu, selain memohon maaf kepada yang menghentam tindakannya yang dilihat seperti membuka aib bekas teman wanitanya.
“@kimbuenos: Terima kasih kepada semua netizen bagi support. Kepada yang menghentam saya, I’m sorry. Memang salah aku sebab terlalu berharap. @brgsjks.”
Apa-apa pun, kami tertarik dengan pinned post yang dimuat naik Kim sejak 19 Januari lalu.
Katanya, dalam Islam tiada Karma. Tetapi ada kifarah. Apa yang anda lakukan pasti akan berbalik kepada anda kembali.
Dalam sungguh kata-katanya, kan?
Diharap Kim sabar sajalah dengan dugaan yang menimpa hidupnya. Hidup ini masih panjang dan dia pun masih muda lagi, mungkin lebih baik jika dia maafkan sahaja kekasih yang telah berkahwin dengan orang lain itu. – MYNEWSHUB.CC/SK