Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Pendaftaran CBP Meningkat Kepada...

KUALA LUMPUR - Jumlah syarikat yang mendaftar untuk Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST)...

Baru Usia 4 Tahun...

MOSCOW - Bella Devyatkina, hanyalah seorang kanak-kanak perempuan Rusia yang baharu berusia empat...

Gentian, Empulur Kenaf Mendapat...

KOTA BHARU - Tanaman kenaf mempunyai potensi untuk diusahakan berikutan produknya seperti gentian...

TLDM Naik Taraf &...

KUALA LUMPUR - Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) hari ini melancarkan dan menaik...

MAHB Berjaya Kesan Barang Larangan – Pengarah Urusan

SEPANG – Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) berjaya mengesan barang larangan termasuk aerosol, gel dan cecair di dalam lapangan terbang, kata Pengarah Urusannya Datuk Badlisham Ghazali.

Beliau berkata mesin pengimbas MAHB dimenentukur mengikut kehendak Jabatan Penerbangan Awam (DCA) dan keperluan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

“Standard berkenaan terpakai untuk kita. Kita tidak boleh sambil lewa. Kalau penumpang membawa (barangan) dari amaran hijau kepada jingga, kita akan terima arahan tingkatkan sensitiviti mesin lebih tinggi daripada apa yang dikehendaki pihak berkuasa lapangan terbang atau syarikat penerbangan itu sendiri, kata beliau dalam sidang media di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini hari ini.

Badlisham berkata demikian ketika diminta mengulas keupayaan mesin pengimbas MAHB untuk mengesan barangan berbahaya dan terlarang selain daripada cecair.

Terdahulu beliau menerima kunjungan Ketua Pengarah Imigresen Datuk Seri Mustafar Ali ke KLIA.

Sementara itu, Badlisham berkata MAHB akan bekerjasama dengan Jabatan Imigresen untuk membuka kaunter memudahkan orang ramai memeriksa status sama ada mereka disekat ke luar negara kerana disenarai hitam oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dan Jabatan Insolvensi.


Kata beliau, sistem berkenaan memerlukan peralatan tertentu ditempatkan di KLIA dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) sebelum kaunter Imigresen untuk memeriksa sama ada individu berkenaan disekat dari ke luar negara atau tidak.

“Pengguna hanya perlu meletakkan pasport dan melihat sama ada mereka tersenarai dalam mereka yang disekat perjalanan. Ini akan memudahkan perjalanan mereka,” katanya lagi.

Badlisham berkata sistem pemeriksaan senarai disekat perjalanan dijangka ditempatkan di KLIA dan klia2 pada April.

“Sistem berkenaan dijangka memudahkan pengguna kerana pada masa ini apa yang berlaku ialah anggota keluarga sudah melepasi kaunter Imigresen manakala individu yang disenarai hitam akan tertinggal,” katanya lagi. – BERNAMA

Kategori