Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Datuk Red Akui Sekali...

PANAS! Datuk Red atau nama sebenarnya, Datuk Adnan Abu kini mengesahkan bahawa dia...

Perkampungan Keris Warisan Seni...

KUALA TERENGGANU – Percutian singkat ke Kuala Terengganu baru-baru ini membawa penulis ke...

Wisma Putra, BNM Bincang...

PUTRAJAYA - Wisma Putra dan Bank Negara Malaysia (BNM) sedang mengambil langkah awal...

‘Sedih’ Ramai Bangla Tak...

KUALA LUMPUR - Sebelum ini mereka hentam kerajaan kerana dakwa ramai warga asing...

Mahkamah Kekal Hukuman Bekas Ketua Balai Bomba

ALOR SETAR – Mahkamah Tinggi di sini hari ini mengekalkan keputusan Mahkmah Sesyen pada 2014 terhadap hukuman penjara enam bulan bekas ketua balai bomba dan penyelamat Bukit Kayu Hitam yang disabitkan dengan kesalahan rasuah.

Hakim Datuk Hashim Hamzah membuat keputusan itu dan memerintahkan kos pendakwaan sebanyak RM2,000 terhadap Ahmad Zamri Chik, 49, dalam kes rayuannya yang didengar Mahkamah Tinggi.

Pada 31 Disember 2014, Hakim Mahkamah Sesyen di sini, Ooi Sheow Yean menjatuhkan hukuman itu terhadap Ahmad Zamri selepas didapati bersalah menerima wang tunai daripada individu dikenali sebagai Safarullah Mydin sebanyak RM1,500 pada 27 April 2014.

Mengikut pertuduhan itu, Ahmad Zamri kira-kira pukul 4.25 petang di Balai Bomba dan Penyelamat Bukit Kayu Hitam di sini telah menerima wang berkenaan tanpa balasan bagi mengeluarkan surat sokongan perlesenan kepada Syarikat Mega Excel Venture.

Tertuduh telah dihukum di bawah Seksyen 165 Kanun Keseksaan (Akta 574) yang boleh dipenjara selama tempoh yang boleh sampai dua tahun, atau dengan denda atau dengan kedua-duanya.


Pada prosiding hari ini, peguam tertuduh G. Ravishankar memohon mahkamah untuk menangguhkan keputusan berkenaan sehingga selesai proses rayuan di Mahkamah Rayuan.

Pendakwaan kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya SPRM, A. Hafizh Abu Bakar. – BERNAMA

Kategori