Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Yatt Hamzah Selamat Bersalin...

PELAKON dan pengacara, Yatt Hamzah telah pun selamat melahirkan cahaya mata keduanya, kira-kira...

Kenakan Cukai Hanya Pada...

KUALA LUMPUR – Cukai Pelancongan yang bakal dilaksana dicadangkan hanya dikenakan kepada pelancong...

Pendakwaan Gagal Cabar Kebolehpercayaan...

KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi menolak permohonan pendakwaan untuk mencabar kebolehpercayaan Datuk Seri...

Mayat Dua Remaja Lemas...

MUAR - Mayat dua sahabat karib yang lemas selepas terjatuh dari jeti Kampung...

Bunuh Jiran, Mahkamah Tolak Rayuan Remaja

PUTRAJAYA – Seorang remaja lelaki berumur 16 tahun kekal ditahan sehingga mendapat perkenan Sultan Johor selepas Mahkamah Rayuan di sini hari ini menolak rayuannya kerana membunuh jirannya ketika kejadian samun.

Datuk Wira Mohtarudin Baki, yang mengetuai panel tiga hakim dalam keputusannya, berkata rayuan remaja itu tidak mempunyai merit dan seterusnya mengekalkan hukuman yang dijatuhkan Mahkamah Tinggi pada 6 April 2016.

Panel hakim yang turut dianggotai Datuk Harmindar Singh Dhaliwal dan Datuk Abdul Karim Abdul Jalil membuat keputusan itu selepas mendengar hujahan peguam Benard George, yang mewakili remaja itu dan Timbalan Pendakwa Raya, Nurshafni Mustafha.

Remaja itu kelihatan tenang selepas mahkamah membacakan keputusan tersebut.

Dia telah diperintahkan oleh Mahkamah Tinggi untuk ditahan selama mana yang diperkenankan oleh Sultan Johor mengikut Seksyen 97(2) Akta Kanak-Kanak 2001, selepas didapati bersalah membunuh Jariah Abu Bakar, 62, di rumah warga emas itu, di Felda Lok Heng Barat, Kota Tinggi, pada 20 Julai 2014.

Terdahulu, Benard berhujah bahawa anak guamnya yang ketika itu berumur 14 tahun tidak mempunyai niat untuk membunuh jirannya itu kerana dia pergi ke situ untuk memecah masuk ke rumah tersebut.

Katanya, tiada saksi yang nampak remaja itu memukul mangsa dengan kayu dan perayu (remaja) tidak membawa kayu itu tetapi menjumpainya di luar rumah mangsa.

Nurshafni berhujah bahawa mangsa mengalami kecederaan di kepalanya sehingga membawa kepada kematiannya akibat dipukul dengan kayu itu dan laporan bedah siasat mengesahkan kematian mangsa berpunca daripada hentakan benda tumpul.


Menurut keterangan saksi, katanya, ketika kejadian perayu telah pergi bersama dua rakannya untuk memecah masuk rumah itu, tetapi hanya perayu seorang masuk ke dalam rumah itu sementara rakannya yang lain lari selepas mendengar jeritan mangsa.

Menurut fakta kes pendakwaan pada malam kejadian, anak mangsa telah pulang ke rumah untuk menyambut Hari Raya bersama ibunya, tetapi selepas memanggil beberapa kali tiada jawapan daripada mangsa.

Anak mangsa kemudiannya meminta bantuan jirannya yang merupakan bapa remaja itu dan selepas pintu hadapan rumah berjaya dibuka, beliau melihat ibunya dalam keadaan tertiarap di ruang tamu dengan kepalanya berdarah.

Terdapat kesan percikan darah di dinding pintu bilik dan kesan darah di lantai serta serpihan kayu beluti dan habuk-habuk kayu di tempat mangsa berada.

Anak mangsa juga telah membuat laporan polis berhubung kehilangan dua buah telefon bimbit milik ibunya serta rantai lehernya. – BERNAMA

Kategori