Sunday, January 26, 2025

Creating liberating content

4 Lagi Suspek Kes...

KANGAR - Perintah reman terhadap empat lelaki termasuk seorang rakyat Thailand yang dipercayai...

Mohamad Nordin Dilantik KP...

PUTRAJAYA - Timbalan Ketua Pengarah (Dasar) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Mohamad...

Lebanon Denda Penduduk Sebarkan...

BEIRUT, LEBANON – Individu tidak divaksin yang menularkan virus Covid-19 di Lebanon berdepan...

Pelbagai Kaedah Digunakan Cari...

KUALA LUMPUR : Memasuki hari ketujuh operasi mencari dan menyelamat (SAR) wanita yang...

Mahkamah: Warga India Didakwa Edar Dadah

LABUAN – Seorang warga India dihadapkan di Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas pertuduhan mengedar tiga kilogram heroin dan 3.4 kilogram methamphetamine pada 9 Feb lepas.

Dhastagir Mohamed Mohideen, 35, didakwa melakukan kesalahan itu di pusat pemeriksaan bagasi di balai pelepasan domestik Lapangan Terbang Labuan pada kira-kira 10.50 pagi pada tarikh itu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39B(2) akta sama yang membawa hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Mahkamah menetapkan 24 April bagi sebutan semula kes.

Mengikut fakta kes, Dhastagir dari Mumbai, India telah transit di Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) sebelum mengambil penerbangan domestik ke Labuan dan mahu berlepas semula ke KLIA pada keesokan harinya.


Bagaimanapun, dia ditahan selepas begnya didapati mengandungi dadah itu semasa diperiksa.

Tertuduh dihantar ke Penjara Kepayan sementara menunggu prosiding seterusnya bagi kes itu. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • dadah

Kategori