Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

‘Kenapa Tak Hubungi Terus...

KUALA LUMPUR : Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainuddin mempersoalkan tindakan polis menahan...

Sedekah: Wanita Myanmar Didenda...

KUALA LUMPUR - Meminta sedekah adalah suatu kesalahan, dan seorang wanita warga Myanmar...

Feri ‘Water Bus’, ‘Vehicle...

KUALA LUMPUR - Feri baharu jenis ‘water bus’ dan ‘vehicle transporter’ bakal digunakan...

Makanan Di Pangkalan Hadapan...

TELUK INTAN - Bekalan makanan yang masih disimpan di pangkalan hadapan sebagai persediaan...

Beruntung Ambil Siswazah Bekas SUKSIS Bekerja

ARAU – Majikan yang mengambil bekerja siswazah berlatarbelakangkan Kor Sukarelawan Polis Siswa Siswi (SUKSIS) harus rasa beruntung kerana anggota SUKSIS mempunyai nilai tambah baik serta berdisiplin.

Timbalan Pengarah Operasi Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) Bukit Aman, DCP Datuk Zainal Abidin Kassim berkata PDRM sendiri memberi keutamaan kepada SUKSIS dalam pengambilan anggota baharu.

Katanya sahsiah anggota SUKSIS juga mantap selain memiliki nilai-nilai murni rakyat yang bertanggungjawab kerana mereka diwajibkan menjalani latihan secukupnya semasa dalam tempoh pengajian.

Beliau bercakap pada sidang media selepas perasmian ‘Seminar Memperkasakan Amalan Terbaik (SMART) Kor SUKSIS Universiti Awam (UA) 2017’ oleh Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail di Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) di sini, hari ini.

Sempena SMART berlangsung program Tanggungjawab Sosial Universiti (USR) selama tiga hari bermula semalam. Ia disertai hampir 600 anggota SUKSIS mewakili 17 UA seluruh negara.

Antara aktiviti dijalankan ialah program kemasyarakatan, perbincangan kertas kerja untuk memperkasakan SUKSIS serta menambah baik modul-modul latihan tambahan oleh universiti-universiti.


Menurut Zainal Abidin sejumlah 526 orang anggota SUKSIS yang diterima oleh PDRM tahun lepas menunjukkan prestasi membanggakan dan mereka juga mudah dilatih dan dibentuk.

“PDRM tidak lagi mengambil pegawai polis daripada kalangan graduan biasa tetapi terbuka kepada lulusan pelbagai bidang untuk memenuhi keperluan masa hadapan walaupun 15 hingga 35 peratus adalah anggota SUKSIS,” tambahnya.

Beliau berkata siswazah yang berpengalaman antaranya dalam bidang forensik, fizik, matematik, ekonomi dan sains sosial diutamakan kerana dapat memenuhi skop pekerjaan polis yang terlalu luas.

“Kita mudah melatih mereka meningkatkan kemahiran insaniah termasuk Bahasa Inggeris. Dalam hubungan ini SUKSIS sangat relevan,” kata Zainal Abidin. – BERNAMA

Kategori