Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Mahathir Putar Belit Fakta...

KUALA LUMPUR - Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr. Mahathir Mohamad hari ini memutar...

(TIDAK RASMI) Azmin Ali...

PETALING JAYA : Datuk Seri Mohamed Azmin Ali ketinggalan di Parlimen Gombak apabila...

Ugut Campak Durian Kalau...

Bayangkan anda berada dalam satu situasi yang mana ketika sedang berseorangan, tiba-tiba anda...

Saksi Pendakwaan Kes Nazrin...

SHAH ALAM - Saksi pendakwaan, Pegawai Penyiasat Kebakaran Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia...

Maklumkan Kematian Suami Pada Anak Tiri Melalui FB

“OH ya, bapa kau dah mati,” itu cara mudah bagi seorang ibu tiri untuk memaklumkan kepada anak-anak tirinya mengenai kematian bapa mereka.

Pemberitahuan berkenaan pun hanya dilakukan menerusi Facebook.

Bukan itu sahaja, lebih mengejutkan ialah apabila wanita itu, Louise Khan mengebumikan mayat suaminya, Alyn Pennycook di halaman rumah mereka sahaja apabila anak-anak tirinya bertanya mengenai kos pengebumian bapa mereka.

Maklumkan Kematian Suami Pada Anak Tiri Melalui FB

“Kami bencikan Louise selama-lamanya. Dia tidak memberi peluang kepada kami untuk mengucapkan selamat tinggal kepada bapa kami. Dia tidak berminat pun untuk memberikan maklumat mengenai bapa, hanya memaklumkan akan kematiannya sahaja,” kata anak-anak Alyn.

Alyn menghidap kanser otak sejak tiga tahun lalu dan dia serta Louise telah berpindah ke tempat lain, tanpa memaklumkan kepada anak-anaknya.

Malahan penyakitnya juga tidak didedahkan kepada mereka.

Keadaan itu menambahkan lagi kebencian mereka terhadap Louise, 46, yang juga seorang guru muzik.


Maklumkan Kematian Suami Pada Anak Tiri Melalui FB

Polis hanya mengetahui mengenai perkara itu selepas mendapat laporan daripada jiran pasangan terbabit yang tidak melihat kelibat Alyn sejak beberapa bulan lalu.

Polis juga terpaksa menggunakan radar untuk mengesan kedudukan mayat Alyn. Louise turut ditahan kerana mengebumikan mayat di halaman rumah mereka.

Dia akan dibicarakan pada bulan ini serta berdepan dengan hukuman penjara dua tahun.

Sementara siasatan pula mendapati kematian Alyn tidak melibatkan sebarang unsur jenayah. – MYNEWSHUB.CC

Kategori