Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Pusat Komuniti ‘Hadiah’ Untuk...

KUALA LUMPUR - Para penghuni Projek Perumahan Rakyat (PPR) Beringin, di sini kini...

ECRL Sedia 3,600 Pekerjaan...

KUANTAN — Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) menyediakan 3,600 peluang pekerjaan untuk...

15 Pelampau Ditahan Kerana...

BAITULMAQDIS - Polis Israel menahan 15 pelampau Yahudi susulan siasatan terhadap kumpulan dituduh...

Liow: MCA Siap Siaga...

BENTONG - Tidak kira sama ada ianya bakal jadi 'pertempuran' segenap penjuru mahupun...

Malaysia Terikat Undang-Undangnya Sendiri

KUALA LUMPUR – Korea Utara harus memahami bahawa Malaysia terikat dengan undang-undangnya sendiri dalam siasatan terhadap pembunuhan Kim Jong-nam, abang pemimpin tertinggi Korea Utara Kim Jong-un, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perdana Menteri berkata Malaysia tidak berniat untuk memburuk-burukkan Korea Utara.

“Polis dan doktor kita sangat profesional dan saya yakin sepenuhnya bahawa mereka amat objektif dalam apa yang mereka lakukan,” kata beliau ketika ditemui pemberita selepas merasmikan satu forum antarabangsa, di sini, hari ini.

Najib mengulas cadangan Korea Utara bagi siasatan bersama dengan Malaysia terhadap kes pembunuhan Kim Jong-nam.

Duta Korea Utara ke Malaysia, Kang Chol, berkata cadangan itu dibuat selepas “terlalu banyak persoalan dan percanggahan” yang timbul daripada siasatan yang dijalankan terhadap kematian Jong-nam.


Pada 13 Februari, Jong-nam, yang hidup terasing daripada adiknya, berada di Lapangan Terbang Antarabangsa KL 2 (klia2) pada 8 pagi untuk menaiki penerbangan ke Macau apabila seorang wanita tiba-tiba menekup mukanya dengan kain mengandungi cecair yang dipercayai racun.

Jong-nam, yang menggunakan pasport atas nama Kim Chol, meminta bantuan di kaunter khidmat pelanggan di klia2 dan segera dibawa ke Hospital Putrajaya tetapi meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital. – BERNAMA

Kategori