Saturday, January 25, 2025

Creating liberating content

Lebih 100 Orang Maut...

BEIRUT - Angka korban akibat letupan di letupan di pelabuhan di sini meningkat...

Kardigan LV Rosak, Lelaki...

SEORANG pelanggan kedai dobi mengamuk apabila kardigan jenama Louis Vuitton (LV) miliknya rosak...

PBT Jadi ‘Bapa Angkat’...

MELAKA - Kerajaan negeri mengarahkan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) agar melantik pegawai kanan...

Tuduhan Kerajaan Campur Tangan...

KUALA LUMPUR - Pihak yang menuduh kononnya kerajaan campur tangan dalam kes mahkamah...

Malaysia, Arab Saudi Tingkat Lagi Hubungan Ekonomi

KUALA LUMPUR – Malaysia dan Arab Saudi akan meningkatkan lagi hubungan dua hala dengan pemeteraian memorandum persefahaman (MOU) bagi kerjasama ekonomi, meliputi tujuh bidang termasuk minyak dan gas, minggu depan.

MoU berkenaan akan ditandatangani semasa lawatan negara Raja Salman Abdulaziz Al-Saud dari Arab Saudi ke Malaysia bermula 26 Feb hingga 1 Mac ini.

Raja Salman akan memulakan kunjungan selama 31 hari ke enam negara Asia minggu depan dan Malaysia menjadi destinasi pertama baginda.

Lawatan berkenaan dijangka meningkatkan hubungan dan kerjasama ekonomi ke tahap lebih tinggi antara kedua-dua negara.

Perangkaan perdagangan menunjukkan Arab Saudi menjadi rakan dagang ke-19 terbesar Malaysia dan kedua terbesar di Timur Tengah.

Jumlah dagangan berkembang 19.8 peratus kepada RM13.12 bilion pada 2016 daripada RM10.95 bilion pada 2015, dengan eksport Malaysia ke Arab Saudi berjumlah RM3.15 bilion manakala import sebanyak RM1.13 bilion.

Eksport terbesar ke Arab Saudi ialah minyak sawit dan produk berasaskan sawit, jentera, peralatan dan perlengkapan, makanan diproses serta produk elektrik dan elektronik serta logam.

Import dari negara ialah bahan kimia, minyak mentah, produk petroleum, logam dan plastik.

Oleh itu, adalah penting bagi Malaysia untuk tidak hanya mengekalkan, tetapi terus meningkat hubungkan ekonomi dna perdagangan dengan negara yang kaya dengan minyak itu.

Penganalisis berkata perdagangan dan pelaburan dengan Arab Saudi bakal melonjak mulai tahun ini, terutamanya sejak memulakan Pelan Transformasi Nasional dan Wawasan 2030.

Dilancarkan tahun lepas, pelan menyeluruh itu berujuan untuk mempercepatkan kepelbagaian ekonomi. Ia meliputi inisiatif penyusunan semula ekonomi yang disasarkan kepada usaha mempelbagaikan ekonomi selain minyak berikutan kejatuhan ketara dalam harga minyak.

Sejak 1980 hingga September 2016, Malaysia meluluskan 16 projek pembuatan bernilai RM4.98 bilion, melibatkan penyertaan Arab Saudi dan 2,394 pekerjaan diwujudkan.

Pelaburan berkenaan adalah dalam pengeluaran bahan kimia, barangan elektrik dan elektronik, makanan, tekstil, plastik, mineral bukan metalik, jentera serta peralatan saintifik dan pengukur.

Malaysia juga perlu mempertimbang bukan hanya mengeksport barangan tetapi juga kepakaran serta pengetahuan dalam sektor-sektor pembuatan dan perkhidmatan ke Arab Saudi.


Sementara itu, beberapa syarikat Malaysia melaksanakan projek-projek pembangunan di negara berkenaan.

Konsortium Khazanah Nasional, Tenaga Nasional Bhd dan Malakoff Corporation Bhd terlibat dalam projek Air dan Tenaga Bebas Shuaibah.

Dialog Group Bhd pula terlibat dalam kerja-kerja kontrak, pembinaan dan penyelenggaraan projek perindustrian di wilayah timur.

Tahun lepas, Prasarana Malaysia Bhd memenangi kontrak perundingan Makkah Metro.

Projek-projek ini akan memacu kerjasama ekonomi antara kedua-dua negara dan memberi manfaatkan kepada hubungan diplomatik Malaysia negara negara itu.

Bagi Arab Saudi, Malaysia boleh bertindak sebagai hab serantau strategik bagi komuniti perniagaan Arab Saudi yang berhasrat untuk memperluaskan rangkaian dan pelaburan mereka dalam ASEAN.

Kedudukan Malaysia yang strategik, terletak di tengah-tengah ASEAN, rantau dengan gabungan penduduk lebih 625 juta orang dan gabungan keluaran dalam negara kasar sebanyak US$2.43 trilion (US$1=RM4.44) pada 2015.

Lebih 50 peratus daripada jumlah penduduk rantau ini masih di bawah umur 30, yang memberikan potensi untuk masa depan rantau ini.

Sementara itu, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed berharap lawatan Raja Salman akan membangkitkan semula minat dalam perjanjian perdagangan bebas antara Malaysia dan Majlis Kerjasama Teluk (GCC).

Kumpulan GCC terdiri daripada enam negara iaitu Emiriah Arab Bersatu, Qatar, Oman, Arab Saudi, Bahrain dan Kuwait.

“Kita mula berunding dengan Arab Saudi, yang merupakan anggota penting GCC pada 2011, mengenai kemungkinan pemeteraian perjanjian perdagangan antara Malaysia dan GCC,” katanya kepada Bernama.

“Sebelum ini, tidak banyak perkembangan dan kami berharap lawatan ini akan memperbaharui minat dan mendapat momentum positif bagi menandatangani perjanjian ini,” katanya. – BERNAMA

Kategori