JOHOR BAHRU – Mangsa banjir di Segamat kekal 30 orang mangsa di pusat pemindahan sementara (PPS) setakat pukul 8 pagi ini.
Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Johor, Datuk Ayub Rahmat berkata sebuah PPS masih dibuka yang menempatkan enam keluarga.
“PPS berkenaan adalah Balai Raya Kampung Batu Badak,” katanya dalam kenyataannya di sini hari ini.
Ayub berkata Jalan Kampung Sungai Pinggan di Pontian masih terputus hubungan akibat jambatan runtuh. – BERNAMA