Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Malaysia Belum Sedia Terima...

SHAH ALAM – Malaysia masih belum bersedia melaksanakan proses meratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai...

Malaysia Terikat Undang-Undangnya Sendiri

KUALA LUMPUR - Korea Utara harus memahami bahawa Malaysia terikat dengan undang-undangnya sendiri...

2 Sahabat Maut Kereta...

SHAH ALAM - Dua sahabat maut apabila kereta Perodua Kancil yang dinaiki hilang...

2 Maut, Seorang Parah...

SEREMBAN - Dua maut manakala seorang cedera parah dalam kemalangan membabitkan sebuah kereta...

Mangsa Zika Selamat Lahirkan Bayi Normal

PUTRAJAYA – Seorang wanita mengandung dari Johor Bahru yang dijangkiti virus Zika telah selamat melahirkan bayi perempuan tanpa mikrosefali, kata Kementerian Kesihatan Malaysia.

Ibu berusia 28 tahun itu, merupakan wanita mengandung pertama di Malaysia yang pernah disahkan positif ujian Zika disahkan melahirkan bayinya di sebuah hospital awam di Johor Bahru pada Khamis malam.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah ketika dihubungi The Star berkata: “Bayi itu dilahirkan dengan saiz kepala normal. Kedua-dua ibu dan bayi dalam keadaan baik.”

Mikrosefali adalah situasi yang jarang berlaku di mana bayi yang baru lahir dengan saiz kepala lebih kecil atau ia tidak membesar lagi.

Situasi ini mengakibatkan otak bayi yang tidak berkembang ketika dalam kandungan atau sebarang masalah yang dialami dalam tempoh sembilan bulan itu.

Pada September lalu, ibu dari Taman Desa Harmoni yang suaminya bekerja di Singapura dijangkiti virus itu dan dia juga individu ketiga yang disahkan positif Zika.

Ketika itu, usia kandungan wanita itu baru tiga bulan dan dia menunjukkan tanda positif dijangkiti virus berkenaan apabila mengalami deman, ruam dan sakit badan.


Seterusnya, suaminya yang berusia 30 an dan bekerja sebagai chef telah disahkan sebagai pesakit keempat dijangkiti Zika.

Dr. Noor Hisham berkata, seorang lagi wanita mengandung berusia 36 tahun berasal dari Miri, Sarawak juga dikesan positif Zika .

Semuanya, lapan individu disahkan menghidap Zika di Malaysia.

Daripada jumlah itu, seorang maut, manakala pesakit lain dalam keadaan baik selepas menjalani rawatan dan dibenarkan pulang dari hospital. – mStar Online

Kategori