Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Varieti Pokok Durian Baru...

KUALA LUMPUR – Anak pokok durian Jantung Gold dan Nanas MD2 bakal menjadi...

PM Kutuk Serangan Pelampau...

PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengutuk sekeras-kerasnya tindakan pelampau Somalia yang...

Mutasi Omicron Digelar XE...

GENEVA, SWITZERLAND – Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memberi amaran terhadap satu mutasi baharu...

Bekas Suami Yatt Hamzah...

BEKAS suami Yatt Hamzah, Abdul Mutalib memberitahu dia sebenarnya sudah memaafkan bekas isterinya...

Masyarakat Iban Tuntut Kumpulan Zero Mohon Maaf

PROGRAM realiti Maharaja Lawak Mega (MLM 2017) baharu sahaja membuka tirainya Jumaat lalu, namun nampaknya sudah timbul cerita kurang enak apabila kumpulan Zero dikatakan telah menghiris hati masyarakat Iban.

Ini berikutan, masyarakat Iban tidak berpuas hati dengan tindakan kumpulan Zero yang mengenakan pakaian tradional mereka yang dikenali sebagai ‘Ngepan Indu’ dalam persembahan mereka pada minggu pertama.

Memetik laporan Borneodihati, isu itu timbul kerana ‘Ngepan Indu’ adalah pakaian tradisi untuk kaum wanita sahaja, dan tindakan Syaiful Zero mengenakannya disifatkan seolah-olah mempersendakan pakaian tradisional masyarakat Iban.

Menurut pensyarah dan pengkaji Sosiobudaya Masyarakat Iban di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Dr. Patricia Ganing, kumpulan itu sepatutnya melakukan penyelidikan kerana Ngepan Indu sememangnya tidak boleh dipakai sesuka hati.

Masyarakat Iban Tuntut Kumpulan Zero Mohon Maaf

“Kalau dari sudut kepercayaan Iban memang Ngepan Indu ini tidak boleh sesuka hati digunakan atau dipakai, sebabnya kalau zaman dahulu, ini merupakan pakaian untuk dewi Kumang dan dewi-dewi yang lain.

“Pemakaian Ngepan juga hanya untuk upacara ritual sahaja di zaman kala, bukan untuk suka-suka. Cumanya sekarang ini pakaian ini telah dikontemporarikan sebagai pakaian untuk menari.


“Malah kalau zaman dahulu, untuk menenun kain ini pun ada ritualnya. Corak yang dihasilkan pada kain pun, diturunkan oleh dewi kepada manusia melalui mimpi. Bukan sesuka hati sahaja untuk menghasilkan corak pada kain.

“Sehingga ke hari ini pun, komuniti Iban masih mengamalkan kepercayaan tradisional mereka dimana mereka perlu mengadakan upacara penyembahan atau miring. Masyarakat Iban percaya, kalau tiada persembahan atau piring si penenun akan jatuh sakit atau mendapat malapeteka yang lain,” katanya seperti yang di petik Borneodihati.

Oleh itu, masyarakat dayak Iban khususnya menuntut kumpulan kumpulan Zero dan Astro memohon maaf agar kesalahan penggunaan pakaian tesebut.

Kumpulan Zero dianggotai tiga adik-beradik dari Kudat, Sabah iaitu Atu, Sharif dan Syaiful. Kumpulan ini pernah menjuarai MLM pada tahun 2014. – MYNEWSHUB.CC

Kategori