Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Pendatang Yahudi Musnahkan Pokok...

PENDATANG haram Yahudi merosakkan berpuluh batang pokok zaitun milik Palestin di kampung Turmusayya,...

Zahid Hamidi Hadir Mesyuarat...

KOTA BHARU - Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memulakan...

Tarik Balik Longgar Syarat...

PADANG TERAP - Keputusan untuk menarik balik kelonggaran syarat kelayakan lulus subjek Bahasa...

Aliran Trafik Di Semua...

Kuala Lumpur : Aliran trafik di semua lebuh raya utama masih lancar, setakat...

Mayat Lelaki Lemas Ditemukan Di Pulau Pangkor

LUMUT – Mayat seorang lelaki yang lengkap berpakaian ditemukan terapung dan tersangkut pada tali dipercayai lemas di 1.4 batu nautika dari Pulau Pangkor, di sini, semalam.

Pengarah Maritim Daerah 3 Lumut, Kapten Maritim Zulinda Ramly berkata pihaknya menerima panggilan daripada nelayan tempatan mengenai penemuan mayat tersebut kira-kira 7 malam sebelum mengerakkan Bot Kilat 11 ke lokasi kejadian.

Beliau berkata mangsa dianggarkan berumur lewat 30-an dan dipercayai sudah lebih tiga hari meninggal dunia berikutan keadaan mayat yang kembung dan mereput.

“Usaha untuk mengangkat mayat mangsa agak sukar berikutan mayat tersangkut pada tali di dasar laut dan mayat dapat dinaikkan pada 8 malam.

“Bagaimanapun, identiti mangsa masih belum dikenal pasti, malah sehingga kini kami juga tidak menerima sebarang laporan orang hilang di laut,” katanya pada sidang media di Pejabat Daerah 3 Maritim Lumut, di sini, hari ini.

Zulinda berkata pihaknya juga tidak dapat memastikan jika lelaki terbabit adalah nelayan atau tidak kerana tiada dokumen pengenalan diri ditemukan.


“Kami tidak menolak kemungkinan mangsa terjatuh ke dalam laut menyebabkan dia lemas.

“Jika ada yang kehilangan anggota keluarga atau pekerja diminta terus merujuk kepada pihak polis atau hospital,” katanya.

Zulinda berkata mayat mangsa telah dibawa ke Jeti Jabatan Perikanan Malaysia sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk siasatan dan tindakan lanjut. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • lemas

Kategori