Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Identiti Mayat Dikerat Enam...

SUNGAI BULOH : Identiti mayat yang ditemui dalam keadaan dipotong enam di tepi...

“Bukan Mukhriz Vs Najib”

PETALING JAYA - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tiada kaitan dengan...

Mangsa Banjir Di Pahang...

KUANTAN - Lima pusat pemindahan sementara (PPS) yang dibuka di Raub masih kekal...

Bebiri Bulu Lebat 40kg...

CANBERRA — Seekor kambing biri-biri betina di Australia menjadi sensasi kerana memiliki bulu...

Mayat Remaja Perempuan Disambar Buaya Ditemukan

MIRI – Mayat seorang remaja perempuan yang disambar buaya ketika sedang mandi semalam di sungai berdekatan Rumah Panjang Japang, Sungai Tapang Peking Baram, Marudi, dijumpai pada 11.10 pagi ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Marudi Zulbada Alior berkata pasukan mencari dan menyelamat menjumpai mayat Agnes Luang, 17, dua kilometer dari tempat kejadian.

“Ketika ditemukan, mayat mangsa berada dalam keadaan terapung dan masih sempurna, cuma terdapat kesan gigitan,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Dalam kejadian pada 6.30 petang semalam, mangsa yang sedang menunggu keputusan SPM itu sedang mandi bersama ibunya apabila dia tiba-tiba disambar seekor buaya. – BERNAMA

Kategori