Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

Parah Dibelasah Ibu ‘Lalok’

Prai - Hanya kerana enggan belajar, budak lelaki berusia lima tahun parah dibelasah...

Kakitangan Awam Disaran Permudah...

KUANTAN - Penjawat awam di negeri ini perlu mempermudahkan urusan orang ramai setiap...

Wanita New Zealand Sarung...

CHRISTCHURCH – Golongan wanita di negara ini khususnya di sini hari ini mengenakan...

Jelir Lidah Di Tanah...

SEKEPING gambar dari Sharifah Sakinah ketika berada di Tanah Suci untuk mengerjakan umrah...

MB Johor Ucap Takziah Kepada Keluarga Mangsa

JOHOR BAHRU – Kerajaan negeri Johor berharap semua keluarga dan waris mangsa kemalangan maut berbasikal di sini awal hari ini agar bersabar dan tabah menghadapi dugaan berkenaan.

Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata pihaknya juga mendoakan agar mereka yang cedera dalam kejadian itu segera kembali pulih.

“Saya mewakili pentadbiran kerajaan negeri Johor menzahirkan ucapan takziah dan belasungkawa kepada semua keluarga dan waris mangsa kemalangan di Jalan Lingkaran Dalam, di sini,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

“Semoga roh mereka yang pergi dalam kejadian tragis itu ditempatkan bersama-sama orang-orang yang dikasihi Allah SWT, Amin. Al-Fatihah,” katanya.

Beliau turut menyeru semua pihak dan agensi berkaitan agar berusaha memastikan kejadian tidak berulang.

Baca: Lapan Remaja Berbasikal Maut Dilanggar Kereta

Mohamed Khaled berkata kerajaan negeri akan turut menghulurkan bantuan khairat kematian kepada keluarga mangsa serta bantuan bagi meringankan beban juga diberikan oleh Majlis Agama Islam Johor dan Jabatan Kebajikan Masyarakat.


Sementara itu, dalam kenyataan berasingan, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Datuk Ayub Rahmat berkata lima daripada lapan mangsa yang dimasukkan ke wad Hospital Sultanah Aminah didapati patah kaki tetapi sedar sepenuhnya.

Keadaan dua lagi mangsa pula tidak stabil berikutan pendarahan otak dialami dan kini sedang menjalani pembedahan, manakala seorang lagi hanya luka di kepala dan sedar sepenuhnya sementara dirawat di Jabatan Kecemasan, katanya.

“Saya mengucapkan takziah kepada keluarga dan waris mangsa. Bagi ibu bapa, diharapkan dapat mengawasi keberadaan anak-anak anda terutamanya pada waktu malam,” kata Ayub.

Dalam kejadian 3 pagi itu, lapan remaja lelaki berbasikal maut apabila dirempuh sebuah kereta yang dipandu oleh seorang wanita berusia 22 tahun. – BERNAMA

Kategori