Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Operasi Antarabangsa Rampas 20.1...

KUALA LUMPUR - Sebanyak 20.1 juta ubat-ubatan yang dipercayai boleh membahayakan pengguna bernilai...

Kajian Mansuh Hukuman Mati...

SANDAKAN - Kajian untuk memansuhkan hukuman mati mandatori di negara ini dalam peringkat...

Rezeki Lepas 10 Kali...

SIAPA sangka selepas hampir 10 kali isterinya keguguran, akhirnya Datuk Fazley Yaakob dikurniakan...

Harga Telur Mahal, Berapa...

KUALA LUMPUR - Harga telur di ladang masih tinggi walaupun menteri yang berkaitan...

MB Terengganu Hadiahkan No Plat TN50 Kepada Najib

ATAS rasa penghargaan, Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman akan menghadiahkan nombor pendaftaran kenderaan TN50 kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak.

Memetik laporan BH Online, Ahmad Razif memberi nombor plat kepunyaannya itu bagi menghargai cetusan idea Perdana Menteri berhubung Transformasi Nasional 2050 (TN50).

“Nombor pendaftaran itu adalah kepunyaan saya dan jika anda mencari pemilik TN50 ini di laman web Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), anda akan menemui nama Ahmad Razif Abd Rahman. 

“Sebagai menghargai cetusan idea Perdana Menteri itu, saya akan menghadiahkan nombor TN50 kepada Perdana Menteri,” katanya ketika berucap merasmikan majlis Dialog TN50 Peringkat Zon Timur di Dewan Aspirasi Universiti Teknologi Mara UiTM Kampus Dungun, malam tadi.

Ahli panel dialog yang lain turut hadir adalah Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaludin.


TN50 merupakan dasar futuristik bagi memeta hala tuju negara untuk tempoh 30 tahun selepas 2020. Ianya adalah gagasan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang telah mula diperkenalkan Januari lalu. – MYNEWSHUB.CC

Kategori