Wednesday, January 29, 2025

Creating liberating content

Najib Boleh Cabar Muhyiddin...

KUALA LUMPUR - Bekas Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Lokman Noor Adam mendakwa,...

1 Lagi Positif Koronavirus,...

PUTRAJAYA - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan satu kes positif koronavirus melibatkan warga...

Pengurus Kedai Silap Cari...

RASAKANā€¦seorang pengurus kedai serbaneka berdepan dengan tuduhan jenayah selepas cuba merakamkan gambar di...

Tukar Stadium Berkecuali Perlu...

KUALA LUMPUR - Keputusan gelanggang berkecuali perlawanan antara Harimau Malaysia menentang Korea Utara...

Media Berjaya Rakam Wajah Suspek Korea Utara

SEPANG – Sejak ditahan Sabtu lepas, wajah suspek warga Korea Utara berkaitan kes kematian Kim Jong-nam menjadi suatu misteri yang didamba oleh petugas media untuk dirungkai dan hari ini misteri itu terjawab.

Kegigihan menunggu berjam-jam di bawah terik matahari di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sepang di sini membuahkan hasil apabila kelibat lelaki itu berjaya dirakam semasa dia dibawa kembali ke lokap tahanan di bangunan tersebut.

Terdahulu, Ri Jong Chol, 47 yang berpakaian lokap, dilihat dibawa keluar dari bilik tahanan dipercayai untuk disoal siasat pada 12 tengah hari sebelum dibawa kembali ke lokap empat jam kemudian.

Jong-nam, abang pemimpin Korea Utara Kim Jong-un, meninggal dunia pada 13 Februari semasa dalam perjalanan ke Hospital Putrajaya.

Jong-nam yang menggunakan pasport dengan nama Kim Chol, sebelum itu dilaporkan berada di Lapangan Terbang Kuala Lumpur 2 untuk menaiki penerbangan ke Macau apabila dihampiri dua wanita yang dikatakan menyapu mukanya dengan bahan beracun.

Dua suspek wanita yang masing-masing menggunakan pasport Vietnam dengan nama Doan Thi Huong dan pasport Indonesia dengan nama Siti Aishah serta Jong Chol ditahan secara berperingkat berhubung kes pembunuhan itu.


Turut mencuri tumpuan media hari ini ialah kehadiran kenderaan pelbagai guna jenis Toyota Alphard dengan plat pendaftaran kedutaan Korea Utara yang memasuki perkarangan IPD Sepang pada kira-kira 4 petang.

Dua individu yang keluar dari kenderaan itu dilihat memasuki bangunan dan keluar kira-kira setengah jam kemudian sebelum menaiki kenderaan sama meninggalkan IPD Sepang tanpa bercakap kepada media yang berusaha mendapatkan ulasan. – BERNAMA

Kategori