Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Mesyuarat Khas Majlis Raja-Raja...

KUALA LUMPUR - Kemelut politik yang melanda negara nampaknya belum menemui noktah.Episod demi...

Polis Serbu Premis Judi...

MIRI - Polis menahan tiga individu susulan serbuan di sebuah premis judi siber, di Jalan Kapitan Lim Ching Kiat, Marudi, malam tadi.Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak Datuk Dev...

Jurang 53 Tahun, Pasangan...

MESKIPUN jurang usia mereka adalah 53 tahun, namun pasangan suami isteri di Amerika...

Rafizi Menang Jawatan Timbalan...

Kuala Lumpur : Keputusan rasmi pemilihan PKR akan diumumkan pada 25 Jun dan...

Kes Jong-nam: Wakil Media Berkumpul Di Klia2

SEPANG – Beratus media tempatan dan antarabangsa berhimpun di hadapan balai ketibaan antarabangsa Kuala Lumpur International Airport 2 (Klia2) untuk menanti ketibaan anak lelaki Kim Jong-nam, Kim Han-sol, 21.

Han-sol difahamkan menaiki pesawat AirAsia AK8321 dari Macau, China yang mana pesawatnya dijangka mendarat jam 7.33 malam tadi.

Namun sehingga kini (jam 8.50 malam), Han-sol masih belum kelihatan melepasi balai ketibaan dan para petugas media sudah mula berkumpul di sini sejak jam 6 petang tadi.

Kes Jong-nam: Wakil Media Berkumpul Di Klia2

Kes Jong-nam: Wakil Media Berkumpul Di Klia2

Kes Jong-nam: Wakil Media Berkumpul Di Klia2

Kes Jong-nam: Wakil Media Berkumpul Di Klia2

Anak sulung Jong-nam itu dipercayai datang ke Malaysia bagi memberikan sampel asid deoksiribonukleik (DNA) untuk mengesahkan identiti dan urusan menuntut mayat.

Sebelum ini, Malaysia menolak permohonan Korea Utara untuk membawa pulang mayat Jong-nam.


Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar menegaskan polis memerlukan sampel DNA daripada waris mangsa bagi melengkapkan siasatan dan mayat hanya akan diserahkan kepada warisnya.

Polis juga memberi masa selama dua minggu kepada waris Jong-nam untuk menuntut mayat mendiang yang kini ditempatkan di Institut Perubatan Forensik Negara Hospital Kuala Lumpur.

Dilaporkan sebelum ini, Kim Jong-nam berada di Klia2 sementara menunggu penerbangannya ke Macau apabila seorang wanita menyerkup mukanya dengan sehelai kain yang dipercayai mengandungi cecair beracun.

Dia yang dipercayai tiba di Malaysia dari Macau pada 6 Februari, mati ketika dalam perjalanan ke Hospital Putrajaya selepas mengadu kurang sihat kepada petugas di lapangan terbang itu dan diberi rawatan awal di klinik di situ. – MYNEWSHUB.CC

Kategori