Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Anggota PGA Ditahan Lepas...

PADANG BESAR - Seorang anggota Pasukan Gerak Am (PGA) lelaki berpangkat koperal melepaskan...

ESSCOM Kemudi Operasi Bersepadu...

KUNAK - Operasi Bersepadu Khas memburu pendatang asing tanpa izin (PATI) yang diterajui...

Selepas Berjam-Jam Disemadikan, ...

SELEPAS lebih tujuh jam jasad bekas Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz...

Kerajaan Akan Bantu Promosi...

SIPITANG - Kerajaan pusat akan membantu kerajaan Sabah mempromosi sekali gus mengangkat Festival...

Menara Eiffel Bakal Kalis Peluru Antipengganas

PARIS – Susulan ancaman keganasan yang kekal tinggi di bandar raya ini, pihak berkuasa tempatan merancang untuk membina dinding kaca kalis peluru di sekitar Menara Eiffel.

Timbalan Datuk Bandar, Jean-Francois Martins berkata, Majlis Perbandaran Paris akan memulakan pembinaan pada ikon utama ibu negara Perancis tersebut.

“Ancaman ganas kekal tinggi di ibu negara dan binaan yang menjadi mercu tanda perlu diberi perlindungan dengan ciri keselamatan khas,” katanya.

Menurutnya, binaan dinding kaca di sekeliling Menara Eiffel itu akan menghalang mana-mana individu atau kenderaan yang cuba untuk melancarkan serangan di kawasan tumpuan pelancong itu.

Jelasnya lagi, dinding setinggi 2.5 meter menelan kos 20 juta euro (RM95 juta) yang menggantikan pagar besi sedia ada akan mula didirikan pada musim luruh ini.


Sejak dua tahun lalu, Perancis sering menjadi sasaran serangan ganas yang didalangi kumpulan militan Daesh hingga memaksa kerajaan terus menguatkuasakan perintah darurat sehingga kini. – AFP/mStar Online

Kategori