Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

20,000 Sertai Perang Tomato...

MADRID - Ribuan orang membanjiri jalan raya sambil melempar tomato masak sesama sendiri...

Kes Saman Fitnah MRCB...

KUALA LUMPUR - Kes saman fitnah Malaysian Resources Corporation Berhad (MRCB) terhadap pemilik...

Wanita Dengan Tanda Lahir...

NAMA Goar Avetisian bukan asing lagi di Rusia malah jurusolek ini mempunyai kira-kira...

Peguam Negara Tolak Representasi...

KUALA LUMPUR - Peguam Negara menolak representasi yang dikemukakan oleh bekas Ketua Pengarah...

Mengalum Resort Tiada Kaitan Insiden Bot Karam – Pemilik

KOTA KINABALU – Pemilik Mengalum Tours and Dive Resort Sdn. Bhd., Datuk Roland Ho menjelaskan syarikat pelancongan itu tiada kaitan dengan insiden bot Catamaran yang karam ketika dalam perjalanan ke Pulau Mengalum Sabtu lalu.

Syarikat itu merupakan antara syarikat pelancongan yang beroperasi secara sah di Pulau Mengalum, pusat peranginan yang terletak 56 kilometer di barat laut Kota Kinabalu.

Ho berkata bot katamaran yang membawa 31 individu termasuk 28 pelancong warga China itu tidak menuju ke pusat peranginan syarikatnya, sebaliknya dibawa ke kawasan yang terdapat beberapa struktur binaan bagi aktiviti pelancongan.

Terdapat kira-kira lapan struktur binaan di atas tanah kerajaan di sepanjang Pulau Mengalum yang beroperasi sejak empat tahun lalu, katanya dalam sidang media di sini hari ini.

“Kami tidak dapat memastikan sama ada struktur itu sah atau haram. Kami hanya tahu bot dan operator pelancongan membawa pelancong ke kawasan tersebut.

“Kami pernah membuat laporan kepada pihak polis, maritim, jabatan laut, pelancongan Sabah dan jabatan haiwan mengenai perkara itu, tetapi belum ada tindakan diambil,” katanya.

Ho berkata kawasan tersebut tidak dilengkapi kemudahan awam yang sempurna seperti jeti, tempat pelupusan dan tandas manakala sampah sarap pula dibuang merata-rata.


Beliau berkata beberapa operator pelancongan mengenakan pakej murah dan perkhidmatan bot mereka adakalanya melebihi muatan.

Menurutnya, syarikatnya mula beroperasi di Pulau Mengalum sejak 10 tahun lalu dan sepanjang tempoh itu, tiada sebarang insiden tidak diingini berlaku.

Beliau berkata insiden bot Catamaran karam itu telah menjejaskan operasi syarikatnya memandangkan ada pelancong yang membuat tempahan untuk bercuti ke pusat peranginan itu telah membatalkan tempahan berikutan tragedi bot karam itu.

Ho berharap pihak berkuasa dapat mengambil tindakan proaktif bagi menyelesaikan masalah itu agar tragedi itu tidak berulang. – BERNAMA

Kategori