Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Fouziah Gous Sah Hamil...

SELAIN Wawa Zainal dan Erin Malik, pelakon dan pengacara popular Fouziah Gous turut...

8 Hadiah Yang Isteri...

Hari ulang tahun perkahwinan merupakan hari yang akan memeningkan kepala para suami kerana perlu...

TOP Big Bang Disiasat...

PENYANYI K-Pop, T.O.P dilaporkan sedang disiasat oleh pihak polis Seoul, Korea kerana tuduhan...

Sayu… Gambar Warga Emas...

GEORGETOWN - Gambar-gambar yang menunjukkan beberapa orang warga emas yang merupakan penghuni sebuah rumah orang-orang...

Menyamar Wanita Curi Beg Tangan Dalam Surau

SUBANG JAYA – Padah menyamar sebagai wanita, seorang lelaki ditahan selepas disyaki mencuri di surau wanita di sebuah pusat membeli belah di sini, Sabtu lalu.

Dalam kejadian kira-kira jam 8.40 malam itu, mangsa berusia 19 tahun menyedari beg dompet yang diletakkan di sebelahnya ketika solat hilang dan hanya ada kunci, kad pengenalan dan kad bank sahaja.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Muhammad Azlin Sadari berkata, mangsa yang merupakan seorang pelajar swasta itu mengadu kepada pengawal keselamatan sebelum dimaklumkan beg dompetnya telah ditemui bersama seorang lelaki yang menyamar sebagai wanita.

Menyamar Wanita Curi Beg Tangan Dalam Surau

Menyamar Wanita Curi Beg Tangan Dalam Surau

Menurutnya, mangsa membuat laporan di Balai Polis Sunway dan mendapati beg dompetnya bersama suspek.

“Polis berjaya menahan suspek berusia 21 tahun bersama sebuah beg dompet, wang tunai RM408 dan sebuah telefon bimbit jenis Sambung.


“Pemeriksaan mendapati suspek baru keluar dari penjara Kajang 11 hari lalu dan mempunyai rekod jenayah serta kes curi,” katanya dalam satu kenyataan.

Jelasnya, suspek ditahan reman selama empat hari hingga Rabu ini untuk siasatan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan kerana mencuri. – MYNEWSHUB.CC

Kategori