Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

SL1M Bawa Peluang Latihan,...

KUANTAN - Penganjuran Program Skim Latihan 1Malaysia (SL1M) kelolaan Unit Perancang Ekonomi, Jabatan...

Anjing Dipakai Serban Dan...

KUALA NERUS - Perbuatan memakaikan anjing dengan serban dan jubah harus dihentikan kerana...

Jumlah Mangsa Banjir Di...

JOHOR BAHRU - Jumlah mangsa banjir di daerah Segamat kekal 126 orang daripada...

Pengusaha Restoran Nasi Kandar...

GEORGE TOWN - Seorang ahli perniagaan maut ditembak dari jarak dekat di hadapan...

Miliki Kenderaan Curi, Kelindan Lori Dijel 7 Bulan

PETALING JAYA – Gara-gara memiliki sebuah kereta curi, seorang kelindan lori yang mempunyai lima kesalahan lampau berhubung kes dadah, hari ini dihukum penjara tujuh bulan oleh Mahkamah Majistret di sini.

Majistret Salamiah Salleh menjatuhkan hukuman itu terhadap S. Mathavan, 28, selepas dia mengaku bersalah memiliki harta curi iaitu sebuah kenderaan jenis Nissan milik Ewi Ahai, 36, yang bernilai RM7,000 yang tertuduh mengetahui kenderaan tersebut adalah harta curi.

Mahkamah memerintahkan tertuduh menjalani hukuman itu bermula dari tarikh tangkap pada 10 Februari lalu.

Tertuduh melakukan perbuatan itu di Jalan PJS 3/32, di sini pada 1 tengah hari, 10 Februari lalu mengikut Seksyen 411 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun dan boleh juga dikenakan denda.


Timbalan Pendakwa Raya Mary Phoon Keat Mee memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal sebagai pengajaran manakala tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu hukuman ringan atas alasan dia penanggung utama keluarga.

Mengikut fakta kes, pengadu meletakkan keretanya dalam keadaan berkunci di kawasan rumahnya pada 5 Oktober 2016 namun mendapati kenderaannya hilang apabila dia ingin menggunakannya dan pada 10 Februari lalu, polis melihat seorang lelaki (tertuduh) di dalam kenderaan sama yang dilaporkan hilang. – BERNAMA

Kategori