Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

PH Yakin Bentuk Kerajaan...

ALOR SETAR – Pakatan Harapan (PH) yakin dapat membentuk kerajaan negeri baharu di...

Peguam Negara Pohon Tangguh...

KUALA LUMPUR – Peguam Negara, Tommy Thomas memohon Mahkamah Tinggi perbicaraan kes 1Malaysia...

Rabies: Permintaan Lesen Anjing...

MIRI - Lonjakan permohonan lesen anjing susulan penularan wabak anjing gila atau rabies...

Rumah Mampu Milik Tanggungjawab...

KUALA LUMPUR - Perumahan mampu milik yang sesuai adalah asas kepada kesihatan dan...

Misi Flotilla Dijangka Tiba Di Yangon 7, 8 Februari

PELABUHAN KLANG – Kapal Nautical Aliya yang digunakan untuk misi kemanusiaan ‘Flotilla For Myanmar’ dijangka tiba di Yangon, Myanmar pada 7 atau 8 Februari ini.

Kapten Kapal Mohd Firdaus Faisal Mohamad, 42, berkata perjalanan menuju ke Yangon hanya mengambil masa kira-kira empat hari bergantung kepada keadaan cuaca.

Beliau berkata pihaknya juga telah melakukan pemeriksaan rapi ke atas kapal bagi menjayakan misi itu.

“Kami jangka laut tidak bergelora namun apa saja boleh berlaku, harap semuanya berjalan dengan lancar ,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Beliau berkata kapal berkenaan bergerak pada kelajuan 10 knot iaitu 20 kilometer sejam bergantung kepada keadaan laut.

“Memang ini akan jadi misi yang mencabar tetapi saya sebagai orang Islam bangga menyertai misi ini,” katanya.


Misi yang membawa 2,200 tan metrik makanan, keperluan perubatan, keperluan harian, pakaian dan selimut dijangka belayar selama 18 hari melalui Laut Andaman untuk sampai ke Yangon serta kem pelarian di Bangladesh.

Pelepasan rasmi delegasi yang diketuai Pengerusi Kelab Putera 1Malaysia (KP1M) Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim itu disempurnakan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man di Boustead Cruise Centre di sini, hari ini.

Misi ‘Food Flotilla for Myanmar’ adalah anjuran KP1M dan Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) dengan kerjasama Yayasan Turkiye Diyanet Vakfi (TDV) dari Turki.

Ia disertai kira-kira 230 sukarelawan daripada 13 negara melibatkan pasukan perubatan, tenaga pengajar, pengamal media tempatan dan antarabangsa, serta wakil-wakil NGO tempatan dan luar negara. – BERNAMA

Kategori