Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Festival Durian: Bilik Hotel...

PETALING JAYA - Bilik-bilik hotel di Bentong telahpun penuh menjelang penganjuran Festival Pelancongan...

Pemuda UMNO Tubuh Sekretariat...

PEMUDA UMNO akan menubuhkan sekretariat pemantauan harga barang bagi memantau harga barang di...

Relau Lumpuh Penduduk Positif...

KULIM - Pekan kecil Relau di Bandar Baharu di sini lumpuh selepas lebih...

Tulang Milik 240 Orang...

MENGERIKAN...Polis di Mexico menemui kubur-kubur mengandungi tulang milik sekurang-kurangnya 240 orang yang telah...

Model India Disangka Anak Perempuan Raja Salman

MEDIA sosial Indonesia sensasi selepas tersebarnya foto seorang wanita yang didakwa milik puteri Raja Salman iaitu Puteri Ameera Al Taweel oleh seorang pengguna laman mikro Twitter.

Foto tersebut dimuat naik oleh seorang netizen dikenali sebagai Ekky Alexander @PapaeFiska pada semalam (Isnin).

Ekky menerusi statusnya itu telah berkongsi seorang gadis berambut panjang memakai baju corak kotak-kotak dengan kapsyen, “Putri kerajaan arab ternyata “Teman Ahok” 😂 #BajuKotakKotak#MudahnyaBikinHoax cc @temanAhok.”

Model India Disangka Anak Perempuan Raja Salman

Foto yang dikongsi itu sensasi di laman sosial negara itu dan menerima pelbagai komen diterima daripada netizen tempatan.

Walau bagaimanapun, seorang pengguna laman Twitter; Mohamad Guntur Romli @GunRomli menjelaskan perkara sebenar berkaitan foto yang tersebar itu.


Model India Disangka Anak Perempuan Raja Salman

Model India Disangka Anak Perempuan Raja Salman
(Kiri)Puteri Ameera dan (kanan) Ginni Kapoor.

Menurut Guntur, foto yang dikongsi oleh Ekky itu bukanlah milik puteri Raja Salman iaitu Puteri Ameera Al Taweel tetapi milik model pelakon kelahiran India iaitu Ginni Kapoor.

Meskipun berlainan latar belakang dan status, namun kedua-dua individu wanita memiliki kecantikan dan karisma yang tersendiri. – MYNEWSHUB.CC

Kategori