Saturday, January 25, 2025

Creating liberating content

Keganasan: Kerajaan akan Terus...

KUALA LUMPUR - Di tengah-tengah ancaman terbaharu oleh pengganas di seluruh dunia, Datuk...

28 Maut Serangan Bom...

ANKARA - Sekurang-kurangnya 28 orang maut manakala 61 cedera dalam serangan bom kereta...

Agong Solat Jumaat Di...

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah tiba...

PTPTN Mula Pemotongan Gaji...

KUANTAN - Potongan gaji bagi penjawat awam yang mempunyai pinjaman dengan Perbadanan Tabung...

MOT Setuju Bincang Semula Dasar Kabotaj Di Sabah

KOTA KINABALU – Kementerian Pengangkutan (MOT) bersetuju membincangkan semula dasar kabotaj di Sabah sebagai usaha untuk membantu pertumbuhan ekonomi negeri Sabah.

Menterinya Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata kerajaan Persekutuan akan sentiasa peka terhadap keperluan Sabah, dengan menyediakan persekitaran ekonomi terbaik untuk itu.

“Punca kos barangan pengguna yang tinggi di Sabah dan Sarawak berbanding Semenanjung sudah lama dibincangkan, dengan sebahagian besarnya dikaitkan dengan perlindungan dasar kabotaj Malaysia.

“Saya gembira untuk mengumumkan bahawa kerajaan sedang mengkaji semula dasar kabotaj untuk meliberalisasikan lagi mekanismenya bagi memastikan kos berpatutan ke atas barangan dan perkhidmatan di negeri ini,” katanya.

Liow berkata demikian ketika berucap pada Forum Pelabuhan Sabah di sini hari ini. Acara itu dirasmikan oleh Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman.

Liow juga berkata punca utama harga barangan yang tinggi di Sabah bukan disebabkan dasar kabotaj dan kos perkapalan, sebaliknya saluran pengedaran yang lemah, caj pengendalian yang tinggi dan pengangkutan darat yang tidak cekap.

Dari segi perhubungan pengangkutan, beliau mengakui bahawa Sabah wajar memanfaatkan kedudukan strategiknya dalam kawasan Pertumbuhan ASEAN Timur – Brunei, Indonesia, Malaysia dan Filipina (BIMP-EAGA).


“Pengguna lautan dari Amerika Selatan dan Australia ke China, sukakan Sabah berdasarkan lokasinya yang strategik.

Oleh itu, Sabah perlu memanfaatkan potensinya untuk muncul sebagai penggiat utama dalam sektor maritim dan logistik,” katanya.

Menyedari pentingnya Sabah sebagai hab maritim, Liow berkata kerajaan persekutuan meluluskan peruntukan RM1.027 bilion untuk pengembangan Pelabuhan Kontena Sapangar Bay (SBCP) dalam Rancangan Malaysia Ke-11.

“Pengembangan itu merupakan pengiktirafan penting ke atas pembangunan infrastruktur pelabuhan Sabah dan peranannya dalam mewujudkan peningkatan ekonomi yang seimbang di negeri ini menerusi perhubungan dan rantaian pelabuhan,” katanya. – BERNAMA

Kategori